Tak Jumpa Phone Kat Mana? Google Boleh Tolong ‘Locate’ Dan Bunyikan Phone Secara Automatik
Sesuai sangat pada mereka yang selalu cuai tu.
Selalu cuai tak ingat letak phone kat mana? Tercicir ke? Ada orang ambil ke?
Kalau anda semua selalu menghadapi situasi seperti di atas, sekarang anda dah tak perlu risau atau menggelabah tak tentu pasal.
Haa nak tahu sebab apa?
Mungkin ada yang dah tahu tentang perkara ini, tapi kami nak kongsikan info berguna buat mereka yang tak tahu lagi. Bolehlah anda share benda baik ini kepada kawan-kawan dan keluarga. :)
Sekarang anda semua boleh Google je kalau tak jumpa phone kat mana-mana.
Ini steps yang anda boleh buat:
5. Anda pun boleh pilih untuk bunyikan phone anda
Walaupun phone anda dalam silent mode anda boleh pilih untuk ring sebab phone akan tetap akan berbunyi pada volume yang paling maksimum selama 5 minit.
Haa kalau phone terselit celah sofa ke, tersalah letak mana-mana ke kat rumah tu InshaaAllah boleh dengar dan sempat jumpalah dalam tempoh 5 minit tu.
Boleh rujuk location yang Google bagi tadi (gambar 4.)
Tapi kalau anda rasa phone anda seperti dicuri, sila bawa teman atau polis bersama-sama anda ya. Jangan bertindak sendirian. Takut anda diapa-apakan pula nanti!
Sebelum itu, di bawah ini adalah senarai beberapa cara untuk memastikan phone dan maklumat peribadi anda di dalamnya berada dalam keadaan yang selamat. Guna Google je!
2. Sekiranya anda pilih untuk Lock your phone
Anda boleh:
1. setkan password baru untuk telefon anda
2. tulis nota pada skrin telefon anda supaya sesiapa yang menjumpainya dapat membaca nota tersebut (pilihan)
3. setkan nombor telefon yang boleh dihubungi (pilihan)
3. Boleh juga pilih 'Try calling your phone'
Haa Google pun tahu wujud je orang yang tak ingat nombor telefon sendiri. Hehe
Boleh tanya kawan-kawan atau keluarga, ataupun boleh cari kat Contact dalam email anda. Nak pakai Google Hangout pun tiada masalah. Boleh video call dengan sesiapa yang ambil phone anda. :P
4. Nak 'Sign out on your phone' pun boleh
Anda akan log out dari akaun Google pada phone anda dan ini akan menyekat akses orang lain ke dalam akaun tersebut.
Tetapi anda masih boleh ring, locate dan 'padam' phone anda.
5. Boleh juga pilih 'Get in touch with your operator'
Mereka boleh bantu untuk sekat SIM kad anda, beri anda SIM kad yang baru ataupun sambungkan anda kepada nombor yang baru.
Tindakan ini dapat mengelakkan identiti anda daripada dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana mereka boleh menghantar mesej serta membuat panggilan menggunakan nombor telefon anda itu.
6. Dan pilihan terakhir yang anda boleh lakukan adalah dengan 'Consider erasing your device'
Cara ini dapat mengelakkan orang lain dari melihat kandungan phone anda. Kemungkinan yang akan terjadi adalah:
1. Google mungkin tak dapat memadam semua memori di dalam phone anda
2. 'Find you phone' dan 'Android Device Manager' tidak lagi dapat locate, ring atau lock phone anda
3. Semua maklumat yang tidak di back up di Google akan terpadam
Proses ini hanya akan terjadi sekiranya phone anda online.
Haa dah cuba belum? Jumpa tak phone anda tu?
Kami dah pun cuba dan keputusannya memang betul. Google benar-benar dapat locate telefon kami di lokasi yang tepat!