seismik

Hanya ‘Shake’ Atau Tekan ‘Home Button’ 4 Kali Di Telefon Bimbit Anda Untuk Minta Bantuan

Aplikasi yang sangat berguna untuk wanita di luar sana!

Cover image via twimg.com

Aplikasi yang boleh dimuat turun dari Google Playstore ini dapat membantu pengguna meminta pertolongan tanpa perlu unlock telefon bimbit

Image via SAYS

Shake2Safety-Personal Safety adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh photonapps dan telah dimuat turun lebih 50 ribu pengguna seluruh dunia.

Aplikasi ini membolehkan pengguna menghantar mesej dan membuat panggilan semasa kecemasan tanpa perlu unlock telefon bimbit ataupun mengggunakan internet. Aplikasi ini akan secara automatik menghantar mesej atau membuat panggilan untuk anda apabila mengesan sebarang gegaran yang berterusan ataupun butang power pada telefon bimbit anda ditekan 4 kali secara berterusan dalam tempoh 5 saat.

Sangat-sangat membantu, bukan?

Terutamanya bila terjadi kecemasan seperti dikejar dengan penjahat, gangguan seksual mahupun kes-kes yang berkaitan, siapalah yang sempat nak unlock telefon bimbit bila dah kena serang seperti itu.

Ini langkah yang perlu anda buat untuk install aplikasi Shake2Safety:

1. Cari Shake2Safety-Personal Safety di Playstore

Image via SAYS

Jangan risau, aplikasi ni hanya bersaiz 2.06MB. Yang kuota internet tinggal sikit pun masih boleh install sebab ringan je.

2. Pilih nombor untuk Emergency Contact dan pilih untuk call, mesej atau kedua-duanya

Image via SAYS

Buat masa sekarang, hanya satu nombor yang boleh anda pilih sebagai emergency contact. Jadi pilihlah orang yang penting serta selalu ada bila diperlukan.

Kemudian, pilih sama ada anda hanya mahu membuat panggilan atau hanya mahu menghantar mesej kepada orang tersebut sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Tapi kalau anda nak pilih kedua-duanya juga tiada masalah.

3. Klik bahagian atas kanan untuk Menu, kemudian pilih Sensitivity

Image via SAYS

By default aplikasi ini akan letakkan skala 8 untuk tahap sensitiviti terhadap gegaran telefon bimbit anda.

Ubah skala tersebut dan letakkan dalam lingkungan 15 ke 25 bergantung kepada telefon bimbit anda.

Semakin rendah skala yang disetkan, semakin sensitif aplikasi ini terhadap apa sahaja gegaran pada telefon anda. Untuk mengelakkan berlakunya penghantaran mesej atau panggilan secara tidak sengaja, anda dinasihatkan untuk pilih skala sensitiviti yang lebih besar.

Image via SAYS

4. Aktifkan Shake Detection atau Power Button

Image via SAYS

Anda boleh memilih dua kaedah supaya aplikasi ini dapat berfungsi seperti sepatutnya iaitu sama ada melalui gegaran ataupun butang power pada telefon anda.

Sekiranya anda memilih untuk aktifkan shake detection, aplikasi ini akan menghantar mesej atau membuat panggilan kecemasan apabila berlakunya gegaran berterusan berdasarkan skala sensitiviti yang anda pilih tadi. Contohnya ketika anda sedang lari daripada penjahat.

Namun, sekiranya anda memilih untuk aktifkan power button, aplikasi ini hanya akan berfungsi sekiranya butang itu ditekan sebanyak 4 kali dalam tempoh 5 saat.

Anda juga boleh memilih untuk mengaktifkan kedua-duanya.

Tetapi bagi mereka yang aktif bersukan, suka berjoging atau membuat aktiviti luar, anda digalakkan untuk mengaktifkan power button sahaja untuk mengelakkan pengesanan gegaran semasa anda melakukan aktiviti.

Ini adalah contoh mesej yang akan diterima emergency contact anda:

Image via SAYS

Mesej ini dihantar lengkap dengan coordinate yang menunjukkan lokasi terkini di mana anda berada.

Bagus, kan?

Tapi ingat ya, lokasi ini hanya akan dihantar bersama mesej berkenaan sekiranya anda mengaktifkan GPS pada telefon bimbit anda.

Jangan lupa share untuk manfaat semua!

Kebaikan aplikasi ini sebenarnya telah dikongsi oleh Puan Salwani Ibrahim pada 15 Julai lalu di Facebook yang telah mendapat lebih 6 ribu share.

Perkara yang bermanfaat tidak salah untuk kita kongsikan bersama! Terima kasih kepada Puan Salwani untuk perkongsian yang sangat berguna ini. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi aplikasi menarik untuk anda:

You may be interested in: