Tak Nak Terlepas & Tunggu Komuter Lama-Lama? Gunakan 'Feature' Mudah Dari Google Maps Ini

Senang je!

Menunggu lama ketibaan atau terlepas komuter adalah antara perkara yang paling menyebalkan sekiranya berlaku dalam kehidupan seharian kita

Kadang-kadang yang mood ceria pun boleh bertukar stres.

Image via giphy.com

Tetapi tahukah anda, dengan bantuan features yang terdapat di Google Maps mampu mengubah kehidupan anda selepas ini?

Jadi, ini dia tips yang boleh anda gunakan supaya tidak perlu menunggu lama dan terlepas train lagi:

1. Search stesen komuter yang anda mahu tuju di Google Maps

Contoh di bawah adalah KL Sentral. Kemudian, klik 'DIRECTIONS'.

Image via SAYS

2. Masukkan destinasi stesen komuter yang anda mahu bertolak

Contoh di bawah adalah UKM.

Image via SAYS

Image via SAYS

3. Paparan sebegini akan keluar. Klik pada pada bahagian 'KMUTER' tersebut.

Image via SAYS

4. Klik pada nama stesen yang anda bertolak

Image via SAYS

5. Paparan sebegini akan keluar

Image via SAYS

Tekan pada jadual perjalanan tersebut dan anda dapat melihat jadual penuh waktu perjalanan komuter dari satu stesen ke satu stesen.

Image via SAYS

Mudah bukan? Dengan adanya feature daripada Google Maps ini pastinya dapat memudahkan waktu pergerakan anda ketika menaiki komuter.

Sebenarnya kami mendapat tahu mengenai perkara ini setelah seorang pengguna Twitter Kim Jong Lo berkongsi maklumat ini di laman sosial tersebut.

Sehingga kini tweet miliknya itu telah mendapat sebanyak lebih 8 ribu retweet dan lebih 7 ribu likes.

Terima kasih kami ucapkan kepada beliau dan semoga anda tidak terlepas dan menunggu train lama-lama lagi!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment