seismik

Adakah Anda Ucap 'Assalamualaikum' Kepada Orang Yang Tak Dikenali?

Kalau kenal bagi salam, kalau tak kenal buat tak tahu.

Cover image via Facebook Imam Muda

Memang lumrah, kita selalunya akan beri salam kepada orang yang kita kenal saja tetapi tidak kepada saudara saudari se-Islam kita yang lain. Betul tak?

Bukan sahaja dalam pemberian lafaz 'Assalamualaikum' bahkan kebanyakan kita turut "pilih kasih" apabila bersalam-salaman. Contohnya di masjid, kita lebih selesa bersalaman dengan rakan-rakan kita saja tanpa mempedulikan orang lain.

Ada juga yang tidak kisah bersalaman dengan orang yang tidak dikenali, tetapi segelintir hanya akan berjabat tangan tanpa memberi sebarang senyuman atau tanpa memandang wajah orang yang disalam itu. Tangan bersalaman tetapi mata memandang ke arah lain.

Oleh yang demikian, team Pencetus Ummah membuat satu social experiment dengan menghantar beberapa anak muda ke jalanan di sekitar Kuala Lumpur untuk menyebarkan salam kepada orang ramai

Eksperimen ini dijalankan untuk tujuan melihat reaksi yang diberikan orang awam kepada anak-anak muda ini apabila mereka menyampaikan lafaz 'Assalamualaikum'. Untuk itu, kamera tersembunyi dipasangkan di bahagian dada mereka bagi merakamkan situasi sebenar.

Setelah kamera dipasang, anak-anak muda ini mula memberi salam kepada strangers di jalanan sambil merakam reaksi mereka.

Berdasarkan pemerhatian, kebanyakannya memberi respon yang baik.

Dalam eksperimen ini, lafaz salam turut diberikan kepada warga bukan Islam...

...termasuk warga asing atau pelancong yang datang ke Malaysia.

Kemudian, mereka semua ditanya dengan dua soalan iaitu:

"Kenapa awak jawab salam saya sedangkan awak tak kenal pun siapa saya?"...

...dan juga:

"Bila kali terakhir awak beri salam kepada orang yang awak tak kenal?"

Eksperimen ini mungkin nampak mudah dan remeh. Tetapi mesej yang cuba disampaikan cukup berkesan dan bermanfaat. Saksikan video penuh 'Tak kenal maka tak salam?' DI SINI:

Tak kenal maka tak salam ?

"Tak kenal maka tak salam?"Saksikan sendiri reaksi tidak terduga warga kota dalam eksperimen sosial ini !

Posted by Imam Muda on Monday, October 26, 2015

Belajar lagi sedikit sebanyak tentang Islam DI SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: