seismik

'Saya Tak Mampu Sediakan Kelengkapan Sekolah Anak-Anak'

Katanya, tiada sebarang bantuan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Baitulmal diterima setakat ini.

Cover image via SAYS via BH Online

Sedia maklum, semalam adalah hari pertama persekolahan bagi tahun 2017. Sebagai ibu bapa, tentunya segala keperluan anak-anak telah disediakan lebih awal untuk memastikan hari pertama persekolahan anak-anak berjalan lancar.

Kasut, baju, seluar, beg dan sebagainya adalah antara keperluan penting yang mesti disediakan mereka. Apatah lagi buat ibu bapa yang anaknya baru saja berumur 7 tahun (Tahun 1). Pastinya masing-masing teruja untuk melihat anak kesayangan menyarung pakaian sekolah dan disebabkan itu persiapan pun haruslah lengkap.

Tetapi tidak buat seorang ibu tunggal di Melaka yang mana segala kelengkapan anak-anaknya dibuat secara sederhana. Pakaian sekolah juga hanyalah hasil sumbangan orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarganya.

Keadaan baju sekolah yang dipakai anak pertamanya ke sekolah.

Image via BH Online

Perkara itu menjadi bualan orang ramai apabila gambar anaknya yang kelihatan berpakaian lusuh ke sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh tersebar luas di laman sosial, Facebook.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah, 40-an, berkata walaupun berita yang tersebar itu benar namun bukan beliau yang bertanggungjawab menyebarkannya.

Tiga anaknya, Farid Zakaria, 18, Julie Kalthum, 8, dan Fatimah Zahara Abdullah, 7, itu hanya menerima pakaian sekolah sumbangan orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarganya, sejak empat tahun lalu.

Kasut yang dipakai Farid

Image via BH Online

"Memang benar, pakaian sekolah yang digunakan anak-anak saya empat tahun lepas itulah dipakai bersilih ganti setiap hari sehingga kini dan ia semakin lusuh," katanya.

bharian.com.my

Dalam laporan BH Online semalam, beliau memberitahu bahawa beliau sememangnya tidak mampu menyediakan kelengkapan sekolah anaknya termasuklah memberi wang saku.

"Saya tidak mampu menyediakan kelengkapan sekolah untuk mereka kerana tidak mampu, malah wang saku juga saya tidak mampu beri," katanya ketika ditemui BH Online semalam.

Bagi menampung keperluan diri dan anak-anaknyaa itu, beliau terpaksa bekerja sebagai guru kelas tambahan secara sambilan dengan pendapatan RM50 bagi tempoh dua jam.

Dua keping gambar Fatimah Zahara, yang hadir pada sesi daftar murid Tahun Satu di sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh dengan mengenakan pakaian sekolah serta kasut lusuh tersiar di laman sosial, Facebook semalam.

Image via BH Online

"Saya akan mengajar kelas tambahan dari rumah ke rumah jika ada ibu bapa yang mahu dapatkan perkhidmatan saya. Kadang-kala, saya akan ke madrasah untuk mengajar secara percuma," katanya yang mengajar subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.

bharian.com.my

Setakat ini, tiada sebarang bantuan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Baitulmal diterima olehnya

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: