‘Duduk Atas Tar Pun Nak Kecoh?’ – Netizen Bengang Ibu Bapa Terlalu Manjakan Anak-Anak
Kalau denda sebegini dianggap berat, denda macam mana yang ringan sebenarnya?
Cover image via Harian MetroSejak malam tadi, isu pelajar didenda duduk atas tar kerana lewat datang ke sekolah menjadi topik hangat yang dibincangkan orang ramai
Kejadian dipercayai berlaku di SMK Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Selepas beberapa keping gambar dan video tersebar, ibu bapa mula melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan yang dikenakan terhadap pelajar.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan menganggap tindakan itu agak keras dan tidak wajar dilakukan
Image via Harian Metro
Terdapat juga waris pelajar yang mempersoal takkan tak ada cara lain yang lebih ringan selain duduk di atas jalan tar?
Waris pelajar yang tidak dinamakan itu berkata pelajar memakai pakaian yang sama untuk bersolat. Jadi, beliau khuatir jikalau pelajar terduduk atas najis dan sebagainya.
Lihat video di bawah:
Selepas isu menjadi hangat, ramai orang berpendapat bahawa isu ini tidak sepatutnya diperbesar dan menganggap ibu bapa zaman sekarang terlalu manjakan anak-anak
Image via Facebook
Selain itu, ramai juga bersetuju dengan tindakan yang dikenakan ke atas para pelajar tersebut. Ini bertujuan bagi memberi pengalaman dan mendidik tentang pengurusan masa.
Image via Facebook
Image via Facebook
Yang sarkastik pun ada juga…
Image via Facebook
"Dah datang lewat takkan nak bagi duduk atas sofa Cavenzi pulak."
Image via Facebook
Denda duduk atas tar dianggap amat remeh kerana pelajar zaman dulu lebih teruk kena denda di sekolah, tapi tidak pula pernah jadi isu
Image via Facebook
Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami melalui ruangan komen di bawah.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? *LIKE* Facebook [SAYS SEISMIK](https://www.facebook.com/SAYSSeismik/?ref=hl) serta *follow* kami di [Twitter](https://twitter.com/saysseismik) dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
