Tak Mampu Beli Pemadam Baru, Budak 9 Tahun Sanggup Jadi Pemuas Nafsu Untuk Bayar Balik
Tiada kes difailkan kerana semua yang terbabit berumur di bawah 10 tahun.
Baru-baru ini, kecoh kes budak 9 tahun sanggup jadi pemuas nafsu kepada rakannya
Disebabkan salah seorang budak perempuan mematahkan pemadam rakannya dan tidak mampu untuk menggantikan yang baru, dia sanggup menjadi pemuas nafsu untuk melunaskan hutang.
Menurut sumber, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian itu berlaku tahun lalu dan mereka yang terbabit (suspek) terdiri daripada dua kanak-kanak masing-masing berumur sembilan dan 10 tahun.
Kes ini disiasat sebagai kes trend terkini dalam generasi baharu.
Sanggup lakukan seks sebagai ganti
Hal itu disebabkan budak tersebut tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli pemadam baru. Disebabkan kes ini melibatkan budak berumur di bawah 10 tahun, tiada kes difailkan kerana tiada liabiliti jenayah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!