Tak Perlu Buat Apa Yang Susah, Tengok Drama Pun Boleh Berpeluang Menang Nissan Kicks e-POWER

Jangan lepaskan peluang ini, join sekarang!

Enlarge text
Cover ImageCover image via VOCKET & TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai sangka nak menang hadiah besar kena masuk pertandingan yang rumit atau beli macam-macam

Tapi kali ini, anda hanya perlu buat satu perkara yang memang ramai dah buat setiap hari, iaitu tonton drama dan rancangan kegemaran di Tonton.

Kempen Tonton Non Stop, On Top! kini memasuki Lap 3 dan masih membuka peluang kepada pelanggan TontonUp untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah Nissan Kicks e-POWER 1.2L VL. Pusingan ketiga ini berlangsung dari 13 hingga 26 Julai 2026.

Apa yang menarik, semakin lama anda menonton kandungan terpilih dalam senarai kempen, semakin banyak mata yang boleh dikumpulkan.

Malah, kedudukan peserta turut dipaparkan menerusi carta (leaderboard), jadi anda boleh melihat sendiri sejauh mana peluang anda berbanding peserta lain.

SAYS.com
Image via VOCKET

Bukan setakat kereta, telefon pintas & baucar pun ada

Selain hadiah utama berupa Nissan Kicks e-POWER, kempen ini turut menawarkan pelbagai ganjaran lain yang tidak kurang lumayannya.

Antaranya termasuk telefon pintar OPPO dan baucar Watsons untuk peserta yang berjaya mengumpul mata mengikut syarat kempen. Secara keseluruhan, nilai hadiah yang ditawarkan melebihi RM700,000, menjadikannya antara kempen terbesar pernah dianjurkan oleh Tonton.

Kalau anda sudah melanggan TontonUp, apa yang perlu dilakukan hanyalah:

  • Langgan pakej Tonton selama 3 atau 12 bulan.
  • Tonton kandungan yang berada dalam senarai Non Stop, On Top! Special Checklist.
  • Kumpul mata berdasarkan jumlah minit tontonan.
  • Lebihkan tontonan untuk meningkatkan kedudukan anda dalam carta peserta.

Jadi kalau hujung minggu ini anda memang bercadang untuk 'marathon' drama, mungkin inilah masa terbaik kerana setiap minit tontonan boleh membawa anda lebih dekat kepada hadiah impian.

Siapa tahu, daripada sekadar layan episod demi episod, akhirnya anda pula yang memandu pulang sebuah Nissan Kicks e-POWER.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Tonton Non Stop, On Top! serta senarai kandungan yang terlibat, ikuti saluran rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram melalui akaun @tontonmy.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: