seismik

[GAMBAR] Tak Sampai 2 Minggu Dibuka, IKEA Tebrau Dah Jadi Macam Stor. Alahai Malaysia!

Bilalah minda orang kita ni nak maju?

Cover image via SAYS

Seperti yang semua tahu, outlet ketiga IKEA Malaysia telah dibuka di Tebrau, Johor pada 16 November lalu

Sebelum ini kita dikejutkan dengan gambar orang ramai yang beratur panjang memasuki gedung perabot tersebut pada hari pertama pembukaannya.

Orang ramai kelihatan sanggup berpanas-panasan sambil memegang payung semata-mata mahu menjadi yang terawal memasuki gedung tersebut.

Namun, tidak sampai pun 2 minggu gedung itu dibuka, ia mula menjadi 'mangsa' individu-individu minda kelas ketiga yang menjahanamkan pemandangan dan kebersihan kawasan di sana

Bila tengok gambar-gambar ni, nampak macam stor pun ada. Aduhai rakyat Malaysia, bilalah engkorang ni nak berubah.

Lain kali kalau dah cuba katil tu apa salahnya kemas semula?

Image via Dino Daniel LJ
Image via Dino Daniel LJ
Image via Dino Daniel LJ

Bukan setakat katil tidak berkemas, malah sebilangan perabot lain juga kelihatan bersepah seperti baru lepas digunakan. =.='

Ni anak siapa pulak dah tahu main tak reti kemas ni?

Image via Dino Daniel LJ
Image via Dino Daniel LJ

Yang ni mana datangnya kami pun tak tahu?

Image via Dino Daniel LJ

Bukan setakat bersepah, malah sampah-sarap juga dibuang merata-rata saja ikut suka. Inilah susahnya kalau kita ada fasiliti kelas pertama tetapi minda orang kita masih di kelas ketiga.

Image via Facebook
Image via Facebook

Dan bukan itu saja, kenderaan pun diletak sesuka hati. Apa salahnya kita letakkan di tempat yang betul?

Image via Facebook

Ada ke kereta elektrik jenama Proton?

Image via Facebook

Ni lagi satu!

Image via Facebook

Gambar parking di atas ini adalah untuk kenderaan berelektrik saja. Tapi lihatlah kenderaan apa yang diletakkan di sini. Hmmmm...

Anda rasa kalau macam ni lah sikap kita nak menjadi negara maju, agak-agak tahun berapa baru kita boleh maju ke hadapan?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingatkan berlaku di China je:

Lagi artikel mengenai IKEA:

You may be interested in: