seismik

Tak Sangka Bakal Timang Anak Ketiga, Reaksi Lucu Suami Nampak 'Double Line' Ini Cuit Hati

Amboi, siap tanya bila ya bang. Takkan tak ingat? Haha.

Cover image via @n.hidayahabdullah (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap pasangan yang baru berkahwin sudah tentu akan rasa teruja apabila mendapat tahu mereka bakal menjadi ibu bapa

Selalunya, si isteri akan membuat kejutan kepada suami untuk melihat reaksi mereka. Ada yang terkejut, malah ada yang sampai menangis. Sememangnya itu semua kenangan indah yang akan diingati sampai bila-bila, betul tak?

Namun, berbeza pula dengan sebuah video ini apabila seorang wanita menunjukkan pregnancy test kepada suaminya telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Suami terkejut bila nampak double line, berbeza betul reaksi bila dapat tahu isteri mengandung anak ketiga

Menerusi video yang dimuat naik oleh @n.hidayahabdullah, kelihatan wanita itu dan suaminya sedang berada di sebuah kedai.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia tiba-tiba mengeluarkan pregnancy test yang terdapat dua garis di atasnya kepada si suami.

Lebih melucukan adalah apabila sebaik saja suaminya melihat pregnancy test itu, dia kelihatan sangat terkejut dan memberikan reaksi spontan.

"Pregnant? Seriouslah? Sumpah? Bila masa pulak tu? Alhamdulillah," katanya suaminya.

"Amboi bang, bila masa ya dia tanya. Tiba-tiba hilang ingatan haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 350.7K views, 17.1K likes dan 3.6K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi lelaki itu masih tidak menyangka isterinya sedang hamil anak mereka yang ketiga.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Habislah bang, get ready untuk berjaga malam lagi sekali ya :P

You may be interested in: