"Tak Sangka Dapat Peluang" - 12 Tahun Tak Kemudi Acara Besar, Shiera Teruja Hoskan TADS
Tak sabar nak tengok!
Kali terakhir muncul sebagai pengacara majlis besar pada tahun 2011, pelakon dan pengacara Sharifah Shahira bersedia untuk mengemudi Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023 bersama pengacara Sherry Alhadad
Bakal diadakan pada 12 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pelawak yang mesra disapa dengan nama Shiera ini teruja bekerjasama dengan Sherry.
“Sherry merupakan ibu saudara saya. Bapa Sherry dan nenek saya merupakan adik beradik. Jadi, kami memang saling mengenali. Ketika dia masih kecil, saya sudah aktif dalam dunia hiburan"
“Tak sangka kami dapat peluang untuk mengemudi majlis besar seperti TADS. Sebelum ini, saya pernah bekerjasama dengan Sherry tapi di acara kecil sahaja. Saya tak sabar nak bergandingan dan memeriahkan acara ini,” kata isteri kepada pelakon Ijoy Azhari ini.
Dah lama tak muncul depan TV, hanya mahu jadi diri sendiri saja
Walaupun sudah lama tidak muncul di kaca TV sebagai hos, dia hanya mahu menjadi diri sendiri dalam cara yang menyenangkan orang ramai.
"Kalau nak terima, terimalah. Kalau tak ada apa-apa yang perlu saya cakap, saya takkan cakap kerana saya tak mahu membodohkan diri. Sebab mereka selalu labelkan saya artis kurang cerdik, saya tak kisah kerana saya masih di sini"
“Ada yang berterima kasih juga pada saya kerana menghiburkan. Persediaan untuk mengacara pula, saya hanya mahu jadi diri sendiri, tetapi biarlah jadi diri sendiri yang orang suka, bukan kurang ajar,” katanya lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan TADS secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan pembelian tiket sudah boleh dilakukan sejak 3 Mac lalu menerusi laman web www.tonton.com.my dengan harga RM 40 sahaja!
Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 bakal bersiaran pada 12 Mac 2023 bermula jam 9 malam di TV3 atau boleh strim langsung HD di Tonton.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!