Tamat Pengajian Sarjana Di UK, Janna Nick Kini Mahu Fokus Pengarahan Cerita Trauma Kanak-Kanak

Semoga Janna sukses dalam apa jua bidang yang diceburi!

Cover ImageCover image via @jannanick (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon Janna Nick mahu memberi lebih tumpuan kepada kerja di belakang tabir khususnya dalam bidang pengarahan dan penerbitan selepas berjaya menamatkan pengajian Master of Arts in Filmmaking di United Kingdom (UK)

Menurut laporan Utusan Malaysia, Janna berkata dia sengaja tidak berkongsi terlalu banyak mengenai proses pembelajarannya di UK kerana bimbang terkena penyakit ain, iaitu pandangan atau rasa iri hati yang boleh membawa perkara tidak baik.

"Saya tak mahu kongsi apa-apa fasal pengajian di sana bimbang kena penyakit ain.

"Walaupun saya selalu buat vlog kehidupan di sana, tetapi saya tak buat video tunjuk pergi belajar. Jika perkara itu yang saya terlalu inginkan, saya tidak akan buat content.

"Saya hanya buat content tentang perkara-perkara biasa dalam hidup,"
katanya.

Janna berkata demikian ketika ditemui pada Hari Gabungan Kuasa, Meet & Greet AMT 2026 di MyKart Raceway, Shah Alam pada Ahad.

SAYS.com
Image via Utusan Malaysia

Bagaimanapun, dia bakal kembali ke UK dalam masa terdekat bagi menghadiri majlis graduasi dan akan berkongsi video khas mengenai pengalaman serta proses pembelajarannya sepanjang setahun di sana

Bercakap mengenai perancangan selepas tamat pengajian, Janna berkata dia mahu bergelar pengarah yang mampu mengetengahkan kisah-kisah mengenai golongan kanak-kanak yang jarang dikongsikan.

"Saya sudah ada produksi sendiri tapi insya-Allah ada berita baik yang kita bakal kongsikan tahun depan iaitu sebuah projek besar. Penonton akan kurang nampak saya di kaca TV selepas ini sebab saya memang akan fokus pengarahan dan penerbitan.

"Visi saya sebagai seorang pengarah perempuan, saya memang ada cerita yang sangat bagus untuk dikongsikan. Saya nak cerita tentang trauma kanak-kanak yang boleh memberi manfaat kepada golongan yang tidak boleh berkata-kata.

"Macam kita tahu, anak-anak kecil tak boleh bersuara dan orang tak percaya mereka menyebabkab dia takut bersuara. Tanggungjawab saya untuk menyampaikan cerita mereka. Itu matlamat saya,"
katanya lagi.

SAYS.com
Image via @jannanick (Instagram)Image via

Dalam pada itu, Janna turut tidak menolak kemungkinan untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

"Lepas dapat keputusan saya terus cari tempat mahu sambung PHD. Tak tahulah mungkin di Malaysia atau kalau ada rezeki lebih boleh sambung di luar negara," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: