Bermula Julai Shah Alam, Subang, Dan Klang Akan Dapat Bas Percuma!

Perkhidmatan tambang bas percuma kini menjejak Shah Alam, Subang dan Klang selepas diperkenalkan di Petaling Jaya pada tahun lepas.

Bermula Julai ini, penduduk di Shah Alam, Subang Jaya, dan Klang akan menikmati perkhidmatan bas awam secara percuma untuk semua golongan

Image via The Star

Ia merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor yang dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 24,000 orang penduduk di negeri itu.

malaysiandigest.com

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan, Industri Kecil Dan Sederhana Dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim berkata projek itu menelan kos RM3.6 juta setahun

Image via Selangorku.com

"Setiap satu laluan bas telahpun dikenal pasti di Shah Alam, Subang dan Klang," katanya.

themalaysianinsider.com

Bas percuma tersebut dijangka akan meliputi kawasan sibuk di bandar raya ini termasuk bangunan kerajaan, sekolah, daerah komersial, dan stesen komuter

"Laluan yang dirancang oleh MPSJ juga akan melalui jalan di sepanjang arah LRT Kelana Jaya yang baru. Ia tidak akan melalui kawasan-kawasan yang sedang dilalui oleh pengusaha bas komersial kerana kami tidak mahu ada saingan," katanya lagi.

malaysiandigest.com

Perkhidmatan tersebut telah diperkenalkan di Petaling Jaya yang dikenali sebagai PJ City Bus yang bermula pada 14 Mei tahun lepas

Bagi Shah Alam, Subang dan Klang, ia dilaporkan bakal bermula pada bulan Julai dan akan beroperasi lebih kerap berbanding dengan jadual bas yang sedia ada.

Selain bas percuma, negeri Selangor juga bakal mendapat perkhidmatan Bus Rapid Transit (BRT) di kawasan sekitar Kelana Jaya dan Sunway bermula Jun 2015. BACA SINI:

Leave a comment