seismik

Tangguh Vs Mansuh: Apa Langkah Yang Perlu Diambil Kerajaan Terhadap PLKN?

Ada yang menyokong, ada juga yang membangkang.

Cover image via izwankasmijan.blogspot.com

[TERKINI] "PLKN Berjaya Capai 80% Objektif Penubuhan, Ia Bukan Pembaziran"

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil mengenakan pangkat kepada seorang pelatih PLKN.

Image via www.khidmatnegara.gov.my

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menyangkal tuduhan seorang pemimpin pembangkang kononnya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan sejak 2004 adalah sebuah program yang membazir.

Beliau berkata adalah tidak wajar untuk menilai keberkesanan PLKN yang sudah 10 tahun dilaksanakan, hanya berdasarkan keputusan kerajaan untuk menangguhkan PLKN tahun ini bagi merasionalisasi perbelanjaan kerajaan.

"Pembangunan manusia akan memakan masa yang lama berbanding pembangunan fizikal yang boleh dilihat dalam masa dua atau tiga tahun. Kalau dia kata tak berjaya, dia nak banding dengan apa? Pembangunan modal insan dan pembangunan fizikal adalah dua perkara yang berbeza. PLKN berjaya melahirkan anak muda dengan semangat nasionalisme dan jati diri yang tinggi," katanya.

bernama.com

Abdul Hadi Berkata Keputusan Kerajaan Untuk Menangguhkan PLKN Tahun Ini Tentunya Dilakukan Setelah Mengambil Kira Semua Aspek Dalam Keadaan Ekonomi Dunia Yang Semakin Mencabar

"Untuk menilai semula sama ada PLKN selepas 10 tahun berjaya atau tidak, tidak boleh dilihat hanya pada keputusan kerajaan semata-mata kerana keputusan penangguhan hanya dibuat sekarang ketika perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara tidak begitu baik."

"Rumusannya, PLKN berjaya mencapai 80 peratus objektif penubuhannya. Namun, ini tidak bermakna kerajaan tidak boleh menilai dan mengkaji semula PLKN. Adalah dangkal untuk membandingkan pembangunan modal insan dengan pembangunan fizikal," katanya lagi.

sinarharian.com.my

21 Januari: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Semalam Mengumumkan Penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Dalam Perutusan Khas Ekonomi Negara Bagi Tujuan Menjimatkan Perbelanjaan Kerajaan Sebanyak RM400 Juta Tahun Ini

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan ditangguhkan pada tahun ini.

Image via www.khidmatnegara.gov.my

Program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan ditangguhkan pada tahun ini bagi memastikan langkah penjimatan dapat dilakukan berikutan kemerosotan harga minyak mentah dunia.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan Perutusan Khas mengenai ekonomi dan kewangan semasa negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

“Dengan penangguhan PLKN tahun ini, kerajaan dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM400 juta. Dalam masa yang sama, ia mampu memberi ruang kepada kerajaan untuk mengkaji dan menambah baik program berkenaan,” kata Najib.

therakyatpost.com

Selain Penangguhan Itu, Kerajaan Juga Akan Mengambil Langkah Untuk Mengoptimumkan Perbelanjaan Ke Atas Bekalan, Perkhidmatan, Peganjuran Majlis Dan Perkhidmatan Profesional

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Image via themalaymailonline.com

“Dengan mengoptimumkan perbelanjaan itu, kerajaan mampu mengurangkan kos sebanyak RM1.6 bilion. Selain itu, kerajaan akan mengkaji semula pemberian geran kepada Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Tabung Amanah Kerajaan. Langkah itu dijangka akan memberi penjimatan sehingga RM 3.2 bilion terhadap perbelanjaan negara,” katanya lagi.

suara.tv

Keputusan Menangguhkan PLKN Bagaimanapun Mendapat Reaksi Yang Berbeza Dari Pelbagai Pihak

Image via tumblr.com

Ketua Pemuda DAP (DAPSY), Teo Kok Seong: MANSUH, Kerana Jelas Gagal Memberikan Manfaat Kepada Pembangunan Anak Muda

Ketua Pemuda DAP (DAPSY), Teo Kok Seong.

Image via sinarharian.com.my

Menurut Teo, penangguhan jelas membuktikan kritikan Pakatan Rakyat (PR) selama ini terhadap PLKN yang membazir sumber kerajaan adalah benar dan tepat.

“Selama ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM550 juta sehingga RM650 juta setiap tahun untuk menampung perbelanjaan PLKN. Malangnya hasil yang diperoleh tidak begitu baik."

“Kerajaan wajar mengkaji untuk tidak meneruskan PLKN dan menggantikannya dengan aktiviti ko-kurikulum atau aktiviti badan beruniform yang sedia ada di semua sekolah. Ini akan dapat mengurangkan kos dan membolehkan kerajaan untuk memberi lebih tumpuan kepada program yang menjaga kebajikan rakyat,” kata Teo.

Namun katanya, jika PLKN dimansuhkan, kerajaan harus memastikan semua pegawai atau kakitangan PLKN terbela dan diberi tugas berkaitan ditempat serta bidang bersesuaian.

roketkini.com

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub Dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad: MANSUH, Ganti PLKN Dengan Program Lebih Berkesan Dan Menjimatkan

Manakala Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Image via selangorku.com

"Banyak lagi program yang boleh dilaksanakan bagi menggantikan PLKN, tempoh penangguhan ini merupakan ruang yang amat sesuai untuk kerajaan mengenal pasti program atau kaedah baru."

Menyambut baik langkah kerajaan itu, Salahuddin berkata gesaan menangguhkan program itu telah lama dibangkitkan PAS, kerana didakwanya "tidak memberi apa-apa kebaikan kepada kerajaan" dan "merupakan beban kepada kerajaan kerana kos yang tinggi".

malaysiakini.com

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad pula menggesa kerajaan memansuhkan terus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Beliau mendakwa, banyak program lebih berfaedah boleh dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan untuk program PLKN.

mynewshub.cc

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Image via thestar.com.my

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien: TANGGUH, Tidak Akan Menjejaskan Semua Kakitangan PLKN Dan Memberi Ruang Untuk Merangka Pelan Transformasi PLKN

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Image via theborneopost.com



Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin: TANGGUH, Penstrukturan Semula PLKN Bagi Memastikan "PLKN 2.0 Jauh Beza Dari Yang Asal"

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Image via Twitter Khairy Jamaluddin


Meskipun Penangguhan PLKN Dapat Menjimatkan Perbelanjaan Sebanyak RM400 Juta, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli Berkata, Perkara Itu Tidak Memberi Sebarang Kesan Kerana Jumlah Penjimatan Itu Terlalu Sedikit

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Image via thestar.com.my

Rafizi berkata, tindakan kerajaan memotong beberapa perbelanjaan adalah dijangkakan, namun menangguhkan PLKN dianggap sebagai tindakan yang tidak mempunyai alasan serta tiada kesan yang nyata.

“Saya percaya dengan wang tersebut tidak dapat membantu negara dengan banyak. Lebih RM90 bilion yang diperoleh daripada petroleum dan cukai lain melalui hasil galian dan sekiranya suku daripada hasil tersebut menurun kepada RM30 bilion, ianya tidak dapat dibandingkan dengan pemotongan RM400 juta,” katanya.

therakyatpost.com

Menurut Rafizi, Perkara Yang Sepatutnya Dilakukan Adalah Menangguhkan Projek Mega Dan Hutang Serta Cukai Yang Dibelanjakan Setiap Tahun. Tambah Beliau, Setiap Tahun, Negara Terpaksa Menanggung Perbelanjaan RM26 Bilion Untuk Cukai Hutang Sahaja.

“RM400 juta sama seperti nilai dua buah jet peribadi dan lebih baik menjual jet peribadi untuk mendapatkan amaun wang yang sama,” katanya lagi.

Beliau turut mengulas mengenai perutusan khas Najib mengenai penawaran visa percuma kepada pelancong dari China. Menurutnya, pengumuman tersebut dianggap tidak terang dan memberi kesan kepada negara.

therakyatpost.com

Penangguhan PLKN Juga Menimbulkan Persoalan Kepada Ibu bapa Tentang Mengapa Ianya Diadakan Sebelum Ini. Keputusan Tersebut Dianggap Bercanggah Dengan Matlamat Kerajaan Yang Selama Ini Mempertahankan Keperluan Program Itu.

Pengerusi Kumpulan Tindakan Parents in Education (MAGPIE), Mak Chee Kin.

Image via themalaymailonline.com

Pengerusi Kumpulan Tindakan Parents in Education (MAGPIE), Mak Chee Kin berkata, bertahun-tahun kerajaan mempertahankan keperluan program seperti itu untuk memupuk perpaduan, namun apabila negara menghadapi masalah kewangan, PLKN yang pertama dihentikan.

"Sekiranya kerajaan begitu pasti program tersebut penting untuk memupuk perpaduan, mereka patut kekalkannya tidak kira apa yang dialami negara. Jika mereka fikir sekarang ia pembaziran wang, jadi kita tidak patut lakukannya dari awal lagi."

"Bagi kebaikan negara, mereka patut melihat perkara lain yang boleh dipotong. Keputusan mereka semalam terbalik dengan apa yang mereka katakan selama ini, yang PLKN penting untuk rakyat," ujar Mak Chee Kin.

themalaysianinsider.com

Anda Pula Bagaimana? Kongsikan Pendapat Anda Kepada Kami Di Facebook Dan Twitter.

Dapatkan Maklumat Penuh Intervensi Bajet 2015 Hanya Di SAYS:

You may be interested in: