Jom Menang Hadiah Lebih RM500K, Caranya Tebus RM100 eMADANI Dengan MAE Saja!
Mungkin anda yang bertuah kali ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Maybank.
Kereta Proton S70 & hadiah bernilai sehingga RM500,000 mungkin jadi milik anda!
Anda nak tahu tak? Anda berpeluang untuk menang hadiah lumayan jika tebus kredit e-wallet RM100 eMADANI menggunakan aplikasi MAE.
Nak tahu hadiah apa? Hadiah menarik termasuk kereta Proton S70, Proton Exora, Proton Saga, motosikal Honda RS-X, Gaming Laptop MSI Katana GF66, Samsung Galaxy Z Fold 5, Smart TV, Playstation 5 dan wang tunai sehingga RM5,000. Seronok kan?
Jika anda tebus kredit eMADANI melalui MAE, anda akan dapat 10x penyertaan.
Jika anda membuat pembayaran menggunakan kredit eMADANI minimum RM10 melalui Scan & Pay dengan MAE di 99 Speedmart, Mydin, Bata dan banyak lagi, anda akan dapat 2x penyertaan.
Anda boleh tebus kredit e-wallet RM100 eMADANI menerusi aplikasi MAE. Tempoh pendaftaran dan penebusan sehingga 29 Februari 2024 sahaja.
Semua sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kredit e-wallet RM100 menerusi inisiatif eMADANI
Inisiatif Eknomi Madani (eMADANI) ini adalah untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Selain itu, program tersebut dilakukan untuk menyokong peniaga kecil dan peniaga tempatan.
Anda nak tahu macam mana nak tebus kredit eMADANI? Jom baca di bawah!
Berikut merupakan panduan untuk tebus dan belanja kredit eMADANI.
Cara untuk tebus eMADANI:
Cara untuk belanjakan kredit eMADANI:
Nak tahu anda memenuhi syarat ke tak? Check sini!
Nak tahu anda layak ke tak, pastikan anda memenuhi syarat-syarat di bawah:
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
- Belum menuntut eBeliaRahmah 2023
Anda tak akan layak jika anda:
- Pekerja kali pertama yang tak memfailkan cukai mereka dengan LHDN
- Pesara yang berhenti memfailkan cukai dengan LHDN
- Penganggur melainkan anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Dahulu berpendapatan >RM100K setahun, kini gaji tahunan dikurangkan kepada bawah RM100K
Untuk maklumat lanjut mengenai kelebihan menebus eMADANI melalui aplikasi MAE, klik di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!