#TemanLelakiUpahan: 6 Sebab Kenapa Ramai Yang Minat EL
"Oh EL, engkau buatku cair"
Cover image via ohbulan.comDrama bersiri Teman Lelaki Upahan yang ditayangkan di TV3 telah 'trending' di Twitter semenjak beberapa hari yang lepas
Siri ini merupakan adaptasi dari novel oleh Azura Rasiddin. Ia telah ditayangkan di kaca televisyen semenjak Februari lalu.
Kebanyakan penonton yang mengikuti drama bersiri ini amat meminati watak EL (Ezwan Lutfi) yang dilakonkan oleh Ungku Ismail Aziz
Kenapa ramai jatuh hati dengan watak EL (Ezwan Lufti) lakonan Ungku Ismail Aziz? Ini sebabnya:
1. Watak EL memang tidak dapat dinafikan sangat romantik
Image via SAYS.com
Hampir setiap episod, kita dapat saksikan bagaimana EL menelefon mengajak Kyra keluar makan dan sering memberi bunga kepada Kyra.
2. EL sangat suka menyakat Kyra apabila dia mendapat peluang
Image via SAYS.com
"*Itu bukan warm-up. Itu break dance.*"
Kata-kata menyakat dia kadang-kadang memang menyakitkan hati tetapi itulah cara EL menunjukkan betapa dia sukakan Kyra.
3. Sebagai seorang chef di restoran miliknya, dia juga sering memasak untuk Kyra
Image via SAYS.com
Siapa yang tak suka lelaki yang pandai masak, kan?
4. Dia seorang yang sangat baik hati, prihatin dan suka menjaga orang lain sebelum dirinya
Image via SAYS.com
"*Dup dup dup dup dup…*" EL membuat bunyi kuda untuk memujuk Kyra makan bubur yang dimasaknya.
5. Cara EL memandang Kyra yang memang mengancam. Cair kan?
Image via SAYS.com
Betul cakap Kyra. Memang EL sangat kacak pakai 'blazer'.
6. Walaupun Kyra kadang-kadang kejam terhadap EL, dia tetap layan karenah Kyra
Image via SAYS.com
Bermula dengan setuju untuk menjadi teman lelaki upahan ke tunang upahan semata-mata untuk membantu Kyra berbaik semula dengan ayahnya.
Secara kesimpulannya, ramai yang jatuh hati pada EL sebab dia suka cakap dengan cara yang selamba. Cara yang selamba itulah yang membuat watak EL itu nampak 'charming'.
Image via ohbulan.com
Minggu hadapan adalah minggu terakhir bagi siri Teman Lelaki Upahan
Tinggal 4 sahaja lagi episod sebelum siri ini tamat. Apakah kesudahan kisah EL dan Kyra?
Anda rasa EL akan kahwin dengan siapa?
Image via Twitter Ungku Ismail Aziz
