Tempoh Keluar Daripada Skim Lindung 24 Jam Perkeso Adalah Sehingga 31 Ogos Ini
Penyertaan diaktifkan secara automatik sekiranya tiada notis diterima sehingga 31 Ogos 2026.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pilihan untuk tidak menyertai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial dibuka sehingga 31 Ogos
Pencarum yang memilih untuk menarik diri daripada skim ini boleh berbuat demikian bermula 13 Julai dengan melengkapkan Borang Pilihan (Notis Pelepasan Liabiliti) yang boleh didapati di lindungfaedah.perkeso.gov.my.
"Tindakan hanya perlu dibuat bagi pekerja tempatan yang memilih untuk tidak menyertai Skim ini.
"Sekiranya tiada pemilihan tidak menyertai dibuat sehingga tempoh 31 Ogos 2026, pekerja adalah diaktifkan secara automatik sebagai menyertai Skim Lindung 24 Jam.," kata portal itu.
Bagi pekerja tempatan yang tidak mengisi deklarasi atau perakuan melepaskan liabiliti, pekerja tersebut secara automatik dianggap menyertai Skim LINDUNG 24 jam.

Diperkenalkan pada Jun, skim ini menyediakan perlindungan sepanjang masa untuk pekerja yang layak
Sebagai contoh, pekerja yang mengalami kecederaan akibat jatuh pada hari tidak bekerja mungkin layak membuat tuntutan. Perkara yang sama berlaku untuk kecederaan yang dialami dalam kemalangan jalan raya di luar waktu kerja.
Kadar caruman bermula adalah 0.75% daripada gaji bulanan, meningkat kepada 1% pada tahun ketiga dan 1.25% masuk tahun keenam.
Bagi pekerja dengan gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan, jumlah caruman Perkeso adalah antara RM22.50 hingga RM37.50 sebulan, dipotong terus daripada gaji.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via