Tentera Darat Kemas Kini Syarat Pengambilan Anggota, Had Umur & Tinggi Diberi Kelonggaran
Had umur yang dikenakan sebelum ini adalah 27 tahun.
Cover image via Tentera Darat Malaysia (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tentera Darat kini telah mengemas kini beberapa syarat tambahan bagi pengambilan anggota Tentera Darat yang baharu
Menerusi laporan Berita Harian, perubahan yang membawa tujuan menambah baik kualiti perkhidmatan ini turut melibatkan tahap usia sehingga 30 tahun berbanding 27 tahun sebelum ini, menurut Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman.
"Dengan syarat dan kemudahan baru ini menyebabkan pertambahan 10 hingga 20 peratus setiap kali pemilihan bagi menjalani latihan sebagai Perajurit Muda.
"Soal ketinggian pula, kita juga merendahkan tahap ketinggian kepada 157 sentimeter (sm) tinggi berbanding 162 sm sebelum ini dan syarat Indeks Jisim Badan (BMI) untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara umumnya ditetapkan antara 18 hingga 27.9 bergantung kepada cabang perkhidmatan dan jenis pengambilan," katanya.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman (tengah).
Image via NSTP/Mohd Khidir ZakariaSyarat baharu tidak mengurangkan kualiti ketenteraan
Menurut Azhan, Tentera Darat tidak mengurangkan kualiti anggota tetapi mengambil kira tahap kepakaran atau kebolehan anggota, termasuk dibenarkan mereka yang memakai kacamata.
"Walaupun syarat kemasukan anggota perajurit muda ini dilonggarkan, tetapi ia mengambil kira penambahbaikan dari segi kebolehan bidang teknikal.
"Tentera Darat turut mementingkan elemen latihan yang menekankan pembinaan jati diri ketenteraan, ketahanan fizikal dan mental serta pemupukan nilai disiplin, keyakinan diri dan kompetensi sebagai seorang anggota tentera profesional," ujarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


