[TERKINI] Sah! Dr Mahathir Pilih 'Pejuang' Sebagai Nama Parti Politik Baru
Bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Slim pada 29 Ogos ini atas tiket bebas.
Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan parti politik baru yang ditubuhkannya sebagai 'Pejuang'.
Menurut laporan, beliau mendedahkan nama itu di media sosial hari ini, parti itu ditubuhkan kerana kesedaran dan untuk membanteras rasuah yang menghancurkan bangsa.
"Pilihlah. Parti kami ditubuh kerana kesedaran. Rasuah menghancur bangsa. Rasuah yang hancur orang Melayu.
"Jika ingin dapat jawatan dan wang. Pilih parti lain. Jika ingin tebus maruah, jika ingin kekal hak kita, pilih parti kami. Pilih Pejuang," katanya.
Pada 7 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baru yang belum diberi nama dan tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional
Beliau dilapor berkata parti itu akan dipimpin oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai presiden dan beliau sebagai pengerusi.
Bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu berkata parti itu bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Slim pada 29 Ogos ini atas tiket bebas.