seismik

Terlibat Dengan Aktiviti Pengintipan, Pelajar Malaysia Ini Ditangkap Di Norway

Difahamkan, dia telah ditahan oleh Perkhidmatan Perisikan Norway (PST) pada Jumaat, 8 September.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar lelaki Malaysia ditahan di Norway selepas disyaki mengintip

Menurut sumber, agensi perisikan polis Norway, dikenali sebagai PST mendakwa lelaki berkenaan cuba mengintip pejabat perdana menteri, Kementerian Pertahanan dan pejabat kerajaan lain di Oslo.

Difahamkan, suspek yang identitinya masih dirahsiakan berstatus seorang pelajar namun dia tidak berdaftar dengan mana-mana institusi pendidikan di Norway. Bahkan dia juga hanya berada di negara itu untuk tempoh masa yang singkat. 

Ditahan pada 8 September, namun mengaku tak bersalah semasa siasatan awal

PST memberitahu Norwegian Broadcasting (NRK) bahawa lelaki itu, yang ditahan pada Jumaat lalu, sudah didakwa di mahkamah kelmarin berikutan tindakannya melakukan operasi pengintipan dan risikan terhadap negara itu.

Walau bagaimanapun, pelajar itu yang identitinya tidak didedahkan, mengaku tidak bersalah ketika sesi soal jawab oleh pihak polis manakala pihak berkuasa Norway pula tidak menyatakan lelaki itu mengintip bagi negara mana.

Ada bukti dari kamera pengawasan (CCTV), polis rampas beberapa peranti dan alatan elektronik

Menurut Nordic Page pula, pihak berkuasa mempunyai bukti dari CCTV dan mendapati kereta sewa suspek melakukan pengintipan di beberapa lokasi penting antaranya di Kuarters Kerajaan, Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan.

Polis Norway turut berjaya merampas beberapa peranti dan alatan elektronik sewaktu penahanan suspek. Kesemua item tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Agensi keselamatan di sana turut mengesyaki mungkin terdapat lebih ramai individu yang terlibat dalam kes itu, memandangkan aktiviti berkenaan agak rumit selain ia dilakukan secara besar-besaran.

Difahamkan, suspek kini berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh membahayakan kepentingan negara itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: