seismik

Tersilap Guna ‘Filter’ Gambar Monyet, Live Akad Nikah Pengantin Ini Undang Tawa Ramai

Spoil terus jadi.

Cover image via @intanatilia12 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, tentunya hari pernikahan adalah hari yang paling tidak dapat dilupakan

Iyalah, pada hari tersebutlah anda dan si dia sah bergelar suami isteri setelah sekian lama menantikan saat itu. Tetapi disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara, majlis pernikahan perlulah dilakukan dengan kehadiran orang tertentu saja.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila pasangan pengantin membuat live di Instagram untuk berkongsi majlis akad nikah mereka bertukar menjadi perkara yang melucukan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@intanatilia12

Know know married next time check filter sebelum LIVE HAHAHAHA

original sound - Atiliousss

Tak perasan terguna filter gambar monyet masa live

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan tersebut sedang berada di sebuah majlis pernikahan mereka di pejabat agama.

Mereka kemudian membuat live pernikahan tersebut untuk berkongsi detik gembira untuk dengan kawan-kawan mereka yang melihatnya.

Namun, apa yang lebih menghiburkan sepanjang live tersebut adalah pengantin lelaki tidak perasan telah menggunakan filter gambar monyet sepanjang majlis akad nikah mereka. Perkara itu membuatkan kedua-duanya tergelak kerana tidak menyangka akan jadi sebegitu rupa.

"Tulah simpan lagi filter pelik-pelik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 482.2K views, 62.5K likes dan 692 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lain kali check dulu okay sebelum buat live :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: