TH Umum Bayaran Haji Muassasah Bagi Golongan B40 Kekal RM15,000 Untuk Musim 2027

Bagi jemaah M40 pula, kadar bayaran ditetapkan RM23,500 dengan bantuan HAFIS.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kadar bayaran haji bagi jemaah Muassasah daripada kumpulan B40 kekal RM15,000 seorang bagi musim 1448H/2027M

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Menurut laporan Kosmo!, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) untuk kumpulan itu turut dikekalkan pada RM18,300 atau 55 peratus daripada kos keseluruhan.

Bagi jemaah M40 pula, kadar bayaran ditetapkan RM23,500 dengan bantuan HAFIS sebanyak RM9,800, manakala jemaah T20 perlu membayar kos penuh RM33,300.

"Kerajaan MADANI menerusi Lembaga Tabung Haji (TH) kekal komited memastikan ibadah haji dapat dilaksanakan secara mampan dan saksama dengan mengekalkan kos haji Muassasah bagi musim 1448H/2027M pada RM33,300 seorang untuk tahun keempat berturut-turut," katanya.

Menurut Zulkifli, TH memperuntukkan RM234 juta bagi menanggung HAFIS secara bersasar untuk musim berkenaan

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Katanya, kadar HAFIS B40 turut merangkumi bantuan RM1,000 daripada kerajaan yang diteruskan untuk tahun kelima berturut-turut bagi jemaah yang menunaikan haji buat kali pertama.

"Kerajaan bersama TH akan sentiasa memantau struktur kos dari semasa ke semasa mengikut persekitaran global demi memastikan kebajikan dan kelancaran urusan duyufurrahman terus dipelihara," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: