Thailand Pendekkan Tempoh Bebas Visa Kepada 30 Hari Mulai 15 September Ini

Langkah itu merupakan sebahagian usaha kerajaan membendung kegiatan jenayah yang melibatkan warga asing di negara berkenaan.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Thailand akan mengurangkan tempoh tinggal tanpa visa bagi pelancong dari lebih 60 negara dan wilayah kepada 30 hari, berkuat kuasa 15 September ini

Menurut laporan Berita RTM, Kementerian Luar Thailand berkata langkah itu merupakan sebahagian usaha kerajaan membendung kegiatan jenayah yang melibatkan warga asing di negara berkenaan.

Antara kes yang dikesan termasuk kesalahan berkaitan dadah, pemerdagangan seks serta kegiatan perniagaan seperti hotel dan sekolah yang dijalankan tanpa permit sah.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Travel Weekly Asia

Ketika ini, pelancong dari lebih 90 negara termasuk China, India, Amerika Syarikat dan 29 negara dalam zon Schengen boleh memasuki Thailand tanpa visa dan tinggal sehingga 60 hari.

"Tempoh kemasukan tanpa visa itu dikurangkan kepada 30 hari bagi pelancong dari lebih 60 negara dan wilayah, termasuk China, Amerika Syarikat dan 27 negara Kesatuan Eropah (EU)," menurut Jabatan Hal Ehwal Konsular Kementerian Luar dalam kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun, status bebas visa bagi kira-kira 20 negara lain masih belum jelas

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Jabatan Imigresen Malaysia

Dalam pada itu, pelancong dari Peru, Brazil dan Korea Selatan akan diberikan tempoh tinggal tanpa visa selama 90 hari, berbanding 60 hari sebelum ini.

Pelawat yang terjejas dengan pengurangan tempoh tersebut juga masih boleh memohon pelanjutan sekali sahaja, tertakluk kepada budi bicara pegawai imigresen.

Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow sebelum ini berkata, langkah itu bertujuan membanteras individu yang menyalahgunakan kemudahan bebas visa untuk melakukan jenayah di negara berkenaan.

Thailand merekodkan kira-kira 20.9 juta ketibaan pelancong asing sejak awal tahun ini, susut tiga peratus berbanding tempoh sama pada 2025.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik