The Raw. Sumbang 10,000 Kampit Beras Kepada Golongan Asnaf & Yang Memerlukan
Sumbangan beras itu adalah untuk meringankan beban golongan yang memerlukan dalam meraikan Syawal tidak lama lagi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syarikat penjagaan kulit, The Raw, menginfak sebanyak 50 tan beras kepada 10,000 golongan memerlukan terutama wanita dan ibu tunggal menerusi Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw di beberapa lokasi di Lembah Klang
Inisiatif itu diadakan bersama Pertubuhan Kebajikan RichWorks (RichWell) dan Enrichment Media Lab Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GERAKWANIS).
Wakil syarikat The Raw International Sdn Bhd, Nor Amira Amizan berkata, tujuan utama sumbangan beras itu adalah untuk meringankan beban golongan yang memerlukan dalam meraikan Syawal tidak lama lagi.
Katanya, pihaknya sedar dengan pelbagai cabaran termasuk kenaikan kos sara hidup membuatkan ramai orang yang berada dalam keadaan kesusahan ketika ini.
"Jadi kami bersama beberapa organisasi lain tampil membantu mereka yang memerlukan dan diharap usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw yang diadakan D'Sultanaa Event Hall.
Kira-kira 10,000 asnaf terutama wanita dan ibu tunggal di sekitar Lembah Klang menerima 50 tan beras infak
Terdahulu, 3,000 kampit beras telah diagihkan di Perumahan Awam Desa Rejang dengan sokongan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang serta Gabungan Pengerusi-Pengerusi Penduduk PA PPR DBKL WPKL.
Pada Jumaat lalu, inisiatif itu sudah dimulakan dengan pengagihan 4,000 kampit beras kepada asnaf berhampiran empat masjid terpilih di sekitar Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Tambah Nor Amira, inisiatif yang dijalankan ini merupakan salah satu budaya dan nilai yang diterapkan dalam syarikat kami bagi memberi kembali kepada masyarakat.
Sebagai rekod, The Raw. merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa dalam industri kecantikan yang diasaskan oleh Puan Adibah Mazlan, seorang yang berpengalaman sebagai ahli farmasi dan kini The Raw. telah memasuki pasaran rangkaian farmasi seluruh negara.
Beliau menekankan kepentingan wanita mendapatkan kulit sihat tanpa menggunakan produk yang mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri kerana produk The Raw. menggunakan bahan yang membantu wanita mendapatkan bukan saja kulit cantik tetapi apa yang lebih penting adalah sihat.
Produk The Raw. kini boleh didapati di lebih 500 cawangan Guardian dan 60 Aeon Wellness seluruh negara.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai jenama The Raw., boleh layari laman web www.theraw.com.my.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!