"Tiada Adab" - Pemandu Bas Berang Angkara Pelancong Selamba Letak Kaki Atas Kepala Kerusi
"You go out. Ini Malaysia!".
Adab merupakan perkara utama yang harus kita praktikkan di mana-mana jua kita berada
Hal ini kerana, adab bukannya diguna pakai pada waktu tertentu sahaja. Tetapi, adab ini digunakan walau di mana kita berada kerana ia melambangkan keperibadian seseorang itu.
Tular baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan seorang pemandu bas naik berang kerana pelancong Arab tidak beradab telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pelancong dari negara Arab itu difahamkan tidak beradab dan meletakkan kakinya di kepala kerusi
Menerusi perkongsian video berkenaan, kelihatan rakaman itu adalah daripada salah seorang penumpang bas pelancong.
Difahamkan, pelancong dari negara Arab berkenaan telah meletakkan kakinya di atas kepala kerusi. Perkara itu yang membuatkan pemandu bas menegurnya tetapi disebabkan teguran itu telah menyebabkan pertengkaran mulut di antara mereka.
Malah, pemandu bas itu juga menghalau pelancong tersebut dan lantang berkata "Ini Malaysia!".
Dalam pada itu, kelihatan seorang pelancong wanita Arab dilihat cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut.
"Terbaik. Saya pernah kena dekat Langkawi masa dalam bot. Pak Arab letak kaki celah-celah kerusi antara saya dengan isteri. Lepastu, saya ketuk kaki dia guna batang tripod" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.2M views, 43.9K likes dan 3,284 comments di TikTok. Rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!