seismik

Tiada Bazar Ramadan, Tiada Juga E-Bazar Untuk Tahun Ini

Ia selepas meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan DBKL berhubung cadangan untuk melaksanakan e-Bazar.

Cover image via Berita Harian

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa tiada bazar Ramadan dibenarkan untuk beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Image via Harian Metro

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang medianya sebelum ini berkata ia perlu dilakukan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang masih mengancam negara pada ketika ini.

Malah, beberapa negeri juga telah memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan bagi tahun 2020 seperti Negeri Sembilan, Johor dan Wilayah Persekutuan.

Susulan itu, hasil tinjauan di Facebook sebelum ini mendapati bahawa terdapat lebih 10 kawasan khususnya di Lembah Klang dan Selangor yang sudah mengambil langkah proaktif dengan mencipta akaun kumpulan bazaar tersendiri

Selain Selangor, negeri-negeri lain juga telah mengambil inisiatif yang sama dalam mengadakan jualan bazaar Ramadan secara dalam talian.

Malah Kerajaan Terengganu sendiri mengumumkan bazaar online untuk negeri tersebut yang akan bermula pada minggu kedua April. Selain itu, Sarawak juga telah mewujudkan Facebook Group seperti 'E-Bazaar Ramadhan Kuching/Samarahan/Serian/Sematan (2020)' bagi mengendalikan bazaar online di negeri mereka.

Namun begitu, hari ini, 16 April 2020, kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan e-Bazar dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh PKP

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). #BHTV #METROTV #NSTTV

Posted by Harian Metro on Wednesday, April 15, 2020

Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang medianya sebentar tadi berkata perkara itu diputuskan selepas meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung cadangan untuk melaksanakan e-Bazar.

“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: