seismik

Tiada Lagi Adegan Cumbu Penuh Romantis Dalam Drama dan Filem Melayu Selepas Ini

Semua yang baik-baik saja yang akan dipaparkan di kaca TV anda.

Cover image via SAYS

Sebuah pekeliling baru bertarikh 23 Jun tentang garis panduan penapisan filem stesen televisyen telah dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem semalam

Dalam pekeliling itu, garis panduan terbahagi kepada empat kategori tempatan bahasa iaitu drama atau Melayu, Cina, India dan Inggeris.

Tapisan ini berbeza berdasarkan bahasa filem berkenaan. Apa yang tidak boleh digambarkan dalam filem Melayu tidak semestinya juga turut dilarang di dalam filem Cina, Tamil atau Inggeris.

themalaysianinsider.com
Image via SAYS

Terdapat lapan elemen tapisan yang disenaraikan dalam pekeliling itu. Antaranya, elemen seks atau lucah, bahasa kasar, politik dan keganasan.

Bagi elemen seks dan lucah, adegan cumbu antara lelaki dan perempuan, contohnya seperti watak suami isteri romantis adalah antara yang bakal dipotong

Image via Rotikaya.com

Fathia Latiff nampaknya tak bolehlah nak loving-doving sangat dengan Syukri Yahaya dalam drama mereka akan datang kerana sudah dijelaskan bahawa adegan cium pipi, dahi dan tangan sudah tidak lagi dibenarkan ditunjuk dalam drama atau filem Melayu.

Dalam elemen bahasa kasar pula, perkataan seperti anjing, babi, kafir dan anak haram dilarang digunakan

Image via Rotikaya.com

Tetapi bagaimana kalau dalam drama atau filem tersebut memang ada anjing? Bagaimana kalau dalam drama itu ada dialog "Tolong, tolong, anjing kejar saya?"

Adegan keganasan seperti mengugut mangsa dengan senjata juga tidak dibenarkan. Apa nasib drama Gerak Khas selepas ini agaknya?

Image via Rotikaya.com

Bukan itu sahaja, beberapa jenis dialog juga boleh dipotong sekiranya tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam pekeliling LPF

Image via Makjemah.com

Manakala mana-mana adegan berbaur mempersenda kerajaan juga tidak akan mendapat kelulusan dari LPF, seperti yang tercatat dalam elemen berbaur politik

Image via SAYS

Tetapi disebalik penapisan ini, adakah kamu tahu bahawa garis panduan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru?

Pekeliling yang dikeluarkan semalam ini bertujuan untuk menyeragamkan peraturan dalam menapis kandungan setiap drama dan filem. Ini adalah kerana sebelum ini setiap stesen TV mempunyai pegawai LPF mereka sendiri, jadi mungkin cara pemantauan mereka adalah berbeza-beza. Dengan adanya pekeliling ini membolehkan pegawai LPF ini mengetahui peraturan tetap dan samarata terhadap apa yang boleh dan tak boleh dipaparkan di kaca TV.

cilisos.my
Image via Astro Awani

Selain daripada itu, tujuan pekeliling dengan garis panduan terkini ini dikeluarkan adalah untuk menjaga sosiobudaya masyarakat

Aspek utama yang digunakan sebagai asas penapisan adalah seperti berikut:

i. Keselamatan dan ketenteraman awam
ii. Keagamaan
iii. Sosiobudaya
iv. Ketertiban dan ketatasusilaan

Panduan ini dirangka dengan mengambil kira faktor kepelbagaian penonton TV dari segi kumpulan umur, agama dan kaum.

makjemah.com

Seperti yang dikatakan oleh pengarah drama Kerana Cintaku Saerah, Syahrulezad Mohameddin, pengarah harus berhati-hati kerana tapisan tidak lagi tertakluk kepada pihak stesen TV sebaliknya LPF

Image via pru14.tv

Mungkin sudah tiba masa pengarah drama dan TV tempatan berfikir di luar kotak sejauh-jauhnya?

Contohnya seperti iklan-iklan raya ini. Ia tidak memerlukan sebarang kontroversi untuk menyentuh hati penonton:

You may be interested in: