seismik

Lebuhraya Persekutuan Kini Bebas Tol, 20 Tahun Lebih Awal Daripada Yang Ditetapkan

Tiada lagi tol di Lebuhraya Persekutuan selepas 24 tahun.

Cover image via Berita Harian

Semasa pembentangan Bajet 2018 pada Oktober lalu, Datuk Seri Najib Razak telah memutuskan untuk memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau

Image via Harian Metro

Keputusan untuk memansuhkan kedua-dua itu dibuat 20 tahun lebih awal daripada yang ditetapkan menerusi perjanjian konsesi Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Operasi serta penyelenggaraan Lebuhraya Persekutuan diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya dan diwartakan sebagai Jalan Persekutuan.

Pemansuhan itu membantu pengguna Lebuhraya Persekutuan yang melalui Tol Sungai Rasau berjimat dari RM92.40 hingga RM126 sebulan, manakala di Tol Batu Tiga, dijangka boleh berjimat sebanyak RM48.40 hingga RM66 sebulan.



Image via Suara tv

Kerajaan turut memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor.

1 Januari 2018 merupakan hari yang dinantikan oleh rakyat Selangor kerana pemansuhan akan bermula pada tarikh tersebut

Sejak 15 November 1993, pengguna mula membayar RM0.50 untuk laluan Tol Sungai Rasau, dan RM0.60 bagi Tol Batu Tiga dan kini perlu membayar RM1 di Tol Sungai Rasau, serta RM1.10 di laluan Batu Tiga.

Memetik laporan Berita Harian, anggaran dalam 270,000 penduduk di sekitar Klang dan Shah Alam kini tidak perlu membayar tol di Lebuhraya Persekutuan.


Image via Berita Harian

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata pemansuhan tol berkenaan akan meringankan beban penduduk sekitar Shah Alam dan Klang

Image via Berita Harian

"Perjuangan ini adalah untuk rakyat. Kita kurangkan kos sara hidup mereka," katanya ketika berucap di Majlis Kesyukuran Sempena Penutupan Tol Sungai Rasau dan Tol Batu Tiga baru-baru ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Korang semua tahu tak nama panjang Lebuh raya yang wujud dekat Malaysia? Baca SINI:

You may be interested in: