seismik

Tiada Majlis Sanding Hanya Nikah, Pengantin PKP Ini Kongsi Bajet Kahwin Tak Sampai RM4K

Nikah masa musim PKP ini memang jimat.

Cover image via @nshj96 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, kerajaan baru saja mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) kerana kes yang semakin membimbangkan

Disebabkan itu, kita juga sekali lagi tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya.

Walaupun ianya adalah berita yang sangat menyedihkan, tetapi kita perlulah bekerjasama untuk menghapuskan wabak ini daripada terus merebak. Beberapa sektor juga perlu ditutup untuk mengelakkan kehadiran orang ramai.

Namun, bagi pasangan yang ingin bernikah masih dibenarkan dengan syarat mengikut standard operation procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan pasangan pengantin berkongsi bajet perkahwinan mereka dimusim PKP ini yang ternyata menjimatkan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nshj96

Total bajet nikah Rm3370, takda majlis sanding hanya nikah dan jamuan saudara, jiran dan kawan terdekat ##MakeItBiggerMY ##DefineFreshChallenge ##fyp

original sound - KroNoLoC

Bajet tak melebihi RM4K untuk majlis pernikahan dan jamuan keluarga terdekat

Menerusi video tersebut, wanita itu berkongsi kisah tentang majlis perkahwinannya hanya dengan kos serendah RM3,370 saja.

Walaupun tiada majlis persandingan, tetapi dengan kos tersebut dia mampu untuk melakukan segala persiapan nikahnya berserta dengan jamuan makan kecil buat ahli keluarga.

Difahamkan juga, pasangan itu tidak mempunyai barang hantaran dan hanya mempersiapkan apa yang penting saja. Memang menjimatkan!

"Terbaik saya sokong, perbelanjaan lepas kahwin lagi penting" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga ramai berkongsi pengalaman sama mereka semasa berkahwin di musim pandemik ini.

Malah, ada yang menyokong bagusnya dia berjimat kerana perbelanjaan selepas kahwin itu lebih penting untuk mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 486.2K views, 35.1K likes dan 927 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Senang je nak kahwin sekarang. Buat apa yang penting je dulu :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik