Tiga Gelombang Hujan Dijangka Landa Pantai Timur Sepanjang Musim Tengkujuh Ini
Difahamkan, fasa peralihan monsun dijangka berakhir pada hujung bulan ini sebelum negara memasuki musim tengkujuh.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tiga gelombang hujan diramalkan melanda negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula bulan depan hingga Mac tahun depan
Menurut laporan Utusan Malaysia, fasa peralihan monsun dijangka berakhir pada hujung bulan ini sebelum negara memasuki musim tengkujuh.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Nor Mahathir Muhammad berkata, pihaknya telah mengaktifkan operasi MTL di semua balai bomba di negeri itu bagi memastikan aset, peralatan dan logistik berada pada tahap optimum.

Menurutnya, JBPM Terengganu mempunyai kekuatan seramai 1,036 anggota serta 79 aset kenderaan darat dan marin bagi menghadapi kemungkinan banjir dan bencana sepanjang musim tengkujuh
"Jumlah aset itu merangkumi 34 kenderaan darat dan 45 bot yang akan digunakan untuk membantu operasi menyelamat, pemindahan mangsa serta penghantaran bantuan ke kawasan terjejas.
Persediaan ini penting bagi memastikan segala keperluan operasi dapat dipenuhi sepanjang musim tengkujuh, khususnya apabila berdepan situasi kecemasan dan bencana banjir," katanya.
Beliau berkata demikian ketika meninjau persiapan menghadapi MTL di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, sebanyak 460 kawasan berisiko banjir dikenal pasti di lapan daerah di Terengganu, dengan jumlah itu kekal sama seperti musim tengkujuh sebelumnya.
Nor Mahathir berkata, semua balai bomba daerah bertanggungjawab memantau kawasan berkenaan dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat yang diselaraskan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via