seismik

Tiga Sektor Pekerjaan Paling Berisiko Tinggi Buang Pekerja Di Malaysia Tahun Ini

Lebih ramai pekerja mungkin dibuang tahun ini di Malaysia.

Cover image via syabeautyflower.blogspot.com

Dalam keadaan ekonomi kurang baik hari ini, fenomena pembuangan pekerja dilihat semakin meningkat hari demi hari

Namun, pembuangan kerja bukanlah berpunca daripada kemerosotan ekonomi semata-mata. Ini kerana perkara itu turut didorong oleh pelaksanaan sistem automasi di tempat kerja.

Pelaksanaan sistem automasi dilihat lebih menjimatkan kos syarikat tetapi ia memaksa sesebuah syarikat menukar strategi perniagaan mereka sehingga menyebabkan lebih ramai pekerja terpaksa dibuang.

Laporan Astro Awani memberitahu terdapat tiga sektor paling berisiko tinggi berdepan pembuangan pekerja

Image via Astro Awani

Menurut Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan, tiga sektor paling berisiko tinggi berdepan pembuangan ialah sektor pembuatan, peruncitan dan kewangan susulan pelaksanaan sistem automasi.

Tambahnya lagi, lebih ramai pekerja mungkin dibuang tahun ini di Malaysia.

Dilaporkan 40,000 pekerja diberhentikan pada tahun 2016 sementara lebih 17,000 lagi dibuang sehingga Jun tahun ini.

Manakala pada 2015, 44,000 pekerja diberhentikan dan 18,000 daripadanya adalah daripada sektor perbankan, susulan langkah industri kewangan yang melaksanakan sistem perbankan dalam talian.

Selain itu, hasil kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan antara tahun 2015 dan 2020, lebih 5 juta pekerjaan akan digantikan dengan mesin

Laporan The Future of Employment oleh Universiti Oxford pada 2013 menyatakan pegawai telepemasaran, pegawai kredit dan juruwang sebagai pekerjaan paling berisiko untuk digantikan dengan mesin.

Pekerja sosial, pakar terapi pemulihan serta pakar diet dan nutrisi pula dikategorikan sebagai pekerjaan yang paling selamat.

Sumber: Astro Awani

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: