seismik

Ini Senarai 10 Pekerjaan Gaji Tertinggi Di Malaysia Bagi Tahun 2017

Anda tersenarai?

Cover image via oilandgaspeople.com

Isu gaji dan pekerjaan telah lama menjadi topik hangat sejak dahulu. Lagi-lagi buat mereka yang bergelar fresh graduate, isu gaji ini ibarat tiada kata putus.

Ini kerana dalam pekerjaan, kemahiran dan pengalaman turut diambil kira dalam menentukan bayaran gaji seseorang

Jadi, adakah anda tahu pekerjaan apakah yang mendapat bayaran tertinggi di Malaysia pada tahun ini?

Menurut kajian sebuah laman web bernama iMoney.my, mereka yang bekerja dalam sektor kejuruteraan, teknologi maklumat (IT) dan kesihatan mendapat bayaran paling tinggi

Image via Kompas Regional

Tetapi melalui satu laporan lain dari Jobstreet pula, mereka yang bekerja dalam industri perhotelan, makanan (restoran), pendidikan, training sector dan sumber manusia dikatakan mendapat bayaran yang paling rendah.

iMoney melaporkan walaupun industri hotel dan restoran menawarkan gaji paling tinggi untuk kedudukan entry-level, ia juga disenaraikan sebagai industri yang memberi bayaran paling teruk untuk jawatan di peringkat lebih tinggi.

Berikut adalah senarai pekerjaan yang mendapat bayaran tertinggi mengikut peringkat jawatan:

Entry-level:

1. Sektor kejuruteraan dan pembinaan (RM5,533)
2. Hotel, restoran dan perundingan pengurusan perniagaan (RM5,100)
3. Teknologi maklumat, IT (RM4,600)

Junior executive:

1. Perbankan dan kewangan IT (RM6,500)
2. Runcit dan barangan kesihatan (RM5,950)
3. Industri IT dan kimia (RM5,182)
Image via Utusan

Senior executive:

1. Industri sains, oil and gas (RM28,250)
2. Perniagaan kesihatan, kecantikan dan fitness (RM15,167)
3. Perundingan kejuruteraan (RM11,333)

Manager level

1. Industri oil and gas (RM15,611)
2. Sektor akaun dan barang kemas (RM14,500)
3. Sektor barangan pengguna dan kejuruteraan bergerak pantas (RM14,500)
Image via BERNAMA

Senior management

1. Admin dan sumber manusia, industri binaan dan kejuruteraan (RM35,000)
2. Khidmat penjagaan kesihatan (RM27,500)
3. Industri semikonduktor (RM27,500)

iMoney melaporkan jawatan paling rendah dalam industri tertentu menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding pekerjaan di peringkat pengurusan

Sebagai contoh, gaji seorang senior executive dalam industri oil and gas lebih tinggi daripada gaji pengurus di beberapa industri lain. Laporan juga menunjukkan gaji purata bulanan di Malaysia adalah RM5,000, dan paling maksimum adalah RM83,333.

Selain itu, 6 daripada 10 pekerja di Malaysia juga menukar pekerjaan mereka berdasarkan bayaran gaji dan benefits.

Menurut laporan, 40 peratus pekerja yang bekerja dengan majikan mereka sekarang adalah untuk work-life balance, sementara 38 peratus pekerja bekerja kerana faktor gaji mereka.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa 40 peratus pekerja di Malaysia menerima purata tiga hingga enam peratus dalam kenaikan gaji.

Bayaran gaji lebih tinggi di kawasan tumpuan seperti Kuala Lumpur dan Selangor atas faktor geografi.

Bagaimanapun, pekerjaan yang sama boleh menawarkan gaji yang berbeza bergantung kepada lokasi, seperti industri semikonduktor di Timur Malaysia yang meraih RM27,500 sebulan secara purata dalam peringkat senior executive.

Sumber: New Straits Time

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berimpi untuk bekerja di Australia? Baca SINI:

Lagi artikel menarik di SINI:

You may be interested in: