Timbalan Mufti Pahang Dakwa Terima Aduan Sispaa Selepas Ceramah Isu Generasi ‘Strawberi’

Beliau meluahkan rasa kecewa apabila ceramah yang disampaikannya mengenai generasi 'strawberi' turut mengundang aduan.

Cover ImageCover image via Kosmo! & Ekonomi Rakyat

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr. Badli Shah Alauddin mendedahkan beliau terpaksa memberikan penjelasan kepada pihak berkuasa negeri selepas menerima aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa) berhubung ceramahnya mengenai generasi 'strawberi'

Menurut laporan Kosmo!, beliau berkata, pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memberinya tempoh tiga hari untuk menjawab aduan berkenaan, termasuk menjelaskan sebab beliau menyampaikan ceramah berkaitan topik tersebut.

Beliau meluahkan rasa kecewa apabila ceramah yang disampaikannya mengenai generasi 'strawberi' turut mengundang aduan sehingga memerlukan beliau memberikan penjelasan kepada pihak terbabit.

"Saya tak ada nak cerita hal strawberi, saya jadi menyampah nak cerita, tuan-tuan. Tuan-tuan tahu, saya kena Sispaa tajuk tu?

"Punyalah teruk masyarakat, saya kena jawab. Saya diberi masa tiga hari oleh pihak SUK untuk jawab, kenapa saya ceramah tajuk tu. Malas ceritalah,"
katanya.

SAYS.com

Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr. Badli Shah Alauddin

Image via Kosmo!

Beliau berkongsi perkara itu ketika menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap situasi yang dihadapinya susulan ceramah berkenaan

Luahan tersebut kemudian menarik perhatian orang ramai dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Antara yang memberikan respons ialah seorang pengguna yang turut melahirkan rasa terkejut apabila mengetahui perkara itu.

"Itupun di 'Sispaa', teruk betul," tulis pengguna itu.

Seorang lagi pengguna pula mendakwa baru sahaja mendengar ceramah Badli Shah pada pagi hari sama sebelum mengetahui beliau menerima aduan berkenaan.

"Saya pun baru dengar ceramah dia pagi tadi. Tup-tup kena Sispaa," katanya.

Perkongsian tersebut ternyata mencetuskan perbincangan mengenai aduan yang dibuat terhadap ceramah berkaitan generasi 'strawberi' berkenaan.

Untuk info, menurut pakar dalam bidang sosial, Generasi Strawberi merujuk kepada remaja yang dilihat 'cantik di luar, rapuh di dalam'

Istilah ini berasal dari analogi buah strawberi yang mudah rosak, lembut dan sensitif terhadap tekanan dari luar.

Generasi strawberi juga sering dianggap tidak memiliki ketahanan mental yang kuat dan sulit menghadapi tekanan serta cabaran kehidupan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: