seismik

"Tindakan Yang Tidak Munasabah" - Ismail Sabri Harap Pengurusan Kondo Tarik Balik Kompaun

Setakat hari ini cuma pihak polis sahaja diberi kuasa untuk mengeluarkan kompaun sebegitu.

Cover image via Bernama & Info Roadblock JPJ/POLIS (Facebook)

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menganggap isu tular seorang kanak-kanak berusia setahun yang dikompaun oleh pengurusan sebuah kondominium di Ampang, Selangor kerana tidak memakai pelitup muka sebagai tindakan yang tidak munasabah

Menurut laporan, katanya lagi, pihak pengurusan kondominium itu tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan tindakan sedemikian.

Menerusi perkongsian di Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, insiden itu didakwa berlaku apabila kanak-kanak berkenaan yang dipercayai anak kepada salah seorang penghuni kondominium berkenaan dikesan tidak memakai pelitup muka sewaktu berada di dalam lif.

Selepas mengenal pasti kesalahan itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak pengurusan kondominium bertindak mengeluarkan notis kompaun bernilai RM100 kepada kanak-kanak terbabit.

Tindakan mengeluarkan kompaun boleh diberikan kepada KKM dan mereka yang diperturunkan kuasa oleh KKM, yang mana setakat hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kuasa itu

Jelas Ismail Sabri lagi, arahan memakai pelitup muka atau sebarang prosedur operasi standard (SOP) berada di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Setakat ini kita tak bagi kuasa kepada pengurusan kondominium, apartment mahupun pejabat mana-mana untuk ambil tindakan.

"Apa yang dilakukan oleh pengurusan sebuah kondominium itu tak boleh dilakukan, harap mereka tarik balik kompaun RM100 yang diberi kepada kanak-kanak usia setahun itu," katanya.

Rakaman CCTV memaparkan kanak-kanak terbabit tidak memakai pelitup muka.

Image via Info Roadblock JPJ/POLIS (Facebook)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: