seismik

"Vaksin Bukan Dajjal" - KJ Bidas Geng Anti Vaksin Dakwa One World Konspirasi Akhir Zaman

One World adalah persekutuan syarikat penerbangan global yang terdiri daripada 13 ahli termasuk Malaysia Airlines.

Cover image via Mohd Fadli Hamzah/New Straits Times & Kementerian Kesihatan Malaysia (Facebook)

Umum sedia maklum, kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioTech telah pun selamat mendarat di Malaysia tepat jam 10 pagi (21 Februari 2021) melalui penerbangan Malaysia Airlines MH604 dengan pesawat Airbus 330-300 yang dikendalikan MABkargo Sdn. Bhd (MASKargo)

Pesawat ini bertanggungjawab membawa vaksin dari kilang Pfizer di Belgium, berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.

Penghantaran vaksin ini pula telah dikawal ketat oleh pihak polis dari KLIA ke stor simpanan di Subang sebelum diedarkan ke empat lokasi simpanan lain di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, hari yang sepatutnya mencatat sejarah baru negara menjadi sedikit ralat apabila munculnya dakwaan-dakwaan palsu daripada golongan anti vaksin atau mereka yang berpegang kepada kepercayaan teori konspirasi bahawa segala yang terjadi ini kalau tidak agenda yahudi, maka ia adalah agenda dajjal.

Berikut di bawah adalah ciapan penuh yang dimuat naik oleh Khairy Jamaluddin di laman Twitter @Khairykj milik beliau sendir mengenai isu itu:

"Vaksin bukan dajjal dan One World adalah nama airline alliance atau rangkaian syarikat2 penerbangan" - Khairy Jamaluddin

Isu itu turut mendapat perhatian daripada Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di dalam ciapannya yang menjawab salah satu dakwaan netizen yang tidak masuk akal apabila mengaitkan pesawat yang membawa vaksin ke Malaysia ada kaitan dengan agenda jahat untuk merosakkan umat manusia.

Tidak cukup dengan itu, ruangan di komen Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menjadi mangsa oleh golongan anti vaksin yang berlegar di posting itu yang membuat pelbagai dakwaan palsu mengenai kehadiran vaksin di Malaysia semalam.

Berikut di bawah antara komen jelik dan dakwaan palsu mengenai kehadiran kumpulan vaksin yang pertama hadir di tanah air oleh golongan anti vaksin itu:

One World adalah persekutuan syarikat penerbangan global yang terdiri daripada 13 ahli termasuk Malaysia Airlines

Untuk pengetahuan anda, One World adalah persekutuan syarikat penerbangan global yang terdiri daripada 13 ahli yang merangkumi British Airways, Cathay Pacific, Qantas, Qatar Airways, Japan Airlines, Finnair dan Malaysia Airlines yang menjadi sebahagian daripada ahli One World sejak Februari 2013 lagi.

Apa kelebihan untuk Malaysia Airlines? Apabila Malaysia Airlines menyertai persekutuan ini, para pelanggan boleh nikmati perkhidmatan yang lancar dan tempahan yang lebih mudah dengan syarikat penerbangan yang berbumbung di bawah One World.

Bagi anda yang kerap menggunakan perkhidmatan ini, anda akan memperoleh faedah premium semasa anda terbang dengan syarikat penerbangan rangkaian One World.

Dengan 13 anggota penuh, One World kini merupakan pakatan syarikat penerbangan ke-3 terbesar di dunia. Yang terbesar ketika ini adalah Star Alliance yang mempunyai 26 anggota penuh termasuk Singapore Airlines dan Thai Airways. Ini diikuti oleh SkyTeam yang mempunyai 19 anggota penuh seperti Air France, Garuda Indonesia dan Aeroflot.

Semoga pencerahan di atas sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan dan menjelaskan kekeliruan yang berlegar ketika ini. Ingat tak pasti, jangan kongsi!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: