seismik

Ini Panduan & Cara Paling Mudah Untuk Anda Daftar 'Vaksin' Covid-19 Melalui MySejahtera

Lindung diri, lindung semua.

Cover image via Malay Mail & The Star

Aplikasi MySejahtera sudah tidak menjadi asing lagi bagi mereka yang pernah menggunakannya untuk memasuki sesebuah premis atau mendapatkan informasi tentang Covid-19 di Malaysia

Dalam kemas kini terbaru aplikasi ini, terdapat bahagian baru untuk pendaftaran untuk vaksin Covid-19.

Secara keseluruhannya, terdapat lima cara berbeza untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 ini di Malaysia. 

Walau bagaimanapun, pendaftaran melalui MySejahtera adalah salah satu kaedah paling mudah dan hanya memerlukan beberapa minit sahaja.

Kemas kini kini tersedia untuk kedua-dua peranti iOS dan Android, ini bermaksud anda boleh mengeluarkan telefon pintar sekarang bagi mendaftarkan persetujuan anda untuk vaksinasi mulai hari ini.

Berikut di bawah adalah panduan langkah demi langkah mengenai cara mendaftar melalui aplikasi MySejahtera:

1. Buka aplikasi MySejahtera

Anda harus mencari butang vaksinasi Covid-19 di paparan skrin utama.

2. Klik pada butang 'Covid-19 Vaccination' dan semak maklumat anda

Pastikan maklumat peribadi anda seperti nama, nombor IC, dan nombor telefon anda tepat.

3. Setelah disahkan (Confirm), anda boleh terus mendaftar untuk vaksinasi

Aplikasi ini akan menjelaskan kepada anda bahawa negara kini sedang dalam fasa pertama program vaksinasi untuk barisan hadapan (frontliners).

Walau bagaimanapun, anda boleh meneruskan pendaftaran dengan klik butang biru tebal yang bertuliskan 'CLICK HERE'.

4. Jawab empat soalan dan berikan butiran tambahan anda untuk pendaftaran

Soalan-soalan tersebut merangkumi minat anda untuk diberi vaksin, jika anda mempunyai sejarah penyakit, sama ada anda mendaftar sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU), dan alamat rumah anda sekarang.

Okay Itu sahaja! Anda hanya perlu bersedia pada bila-bila masa mulai sekarang dan tunggu panggilan atau update daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Langkah seterusnya untuk mendapatkan vaksin adalah menunggu tarikh temu janji dan muncul di pusat vaksinasi.

Secara keseluruhannya, terdapat tiga fasa dan lima kumpulan keutamaan yang sesuai untuk vaksinasi dan sebilangan besar rakyat Malaysia hanya akan diberi vaksin mulai Mei 2021 dan seterusnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: