seismik

Ini 5 Cara Untuk Orang Awam Daftar Bagi Dapatkan 'Vaksin' Covid-19 Daripada Kerajaan

Pendaftaran secara sukarela akan dibuka mulai Mac 2021.

Cover image via Majlis Keselamatan Negara (Facebook) & Utusan Malaysia

Umum sedia maklum, kerajaan telah berjaya menempah vaksin Covid-19 dengan penghantaran pertama bekalan vaksin tersebut dijadualkan tiba di tanah air pada bulan ini

Oleh itu, orang ramai perlu mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 bermula Mac ini bagi mengelakkan kesesakan serta pembaziran semasa program vaksinasi dibuat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, pendaftaran itu adalah melalui sistem pengurusan temujanji dan orang ramai akan diberi tarikh, tempat dan masa yang ditetapkan berdasarkan butiran maklumat yang diberikan.

“Proses pendaftaran ini merupakan sebahagian daripada proses membuat temujanji bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

“Kebanyakan negara lain melaksanakan proses vaksinasi Covid-19 berdasarkan kaedah temujanji. Jika orang ramai datang secara tiba-tiba tanpa temujanji, mereka perlu beratur panjang,” katanya.

Berikut di bawah adalah 5 cara untuk orang awam daftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 daripada kerajaan:

1. Melalui Aplikasi MySejahtera di butang khas untuk pendaftaran temujanji

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

2. Laman web khas yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu depan

Gambar sekadar hiasan.

Image via New Straits Times

3. Talian hotline yang akan diumumkan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Png Tree

4. Secara manual di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Gempak

5. Rumah ke rumah di kawasan pendalaman yang dikenal pasti dengan mensasarkan warga emas

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Disclaimer: Info dan maklumat terkini mengenai pendaftaran vaksin Covid-19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: