seismik

Saintis Ini Dakwa Lelaki Yang Dijangkiti Covid-19 Berisiko Untuk 'Mandul' & Tidak Subur

KKM perlukan banyak lagi kajian untuk mengesahkan perkara terbabit.

Cover image via Berita Harian & Getty Images

Pihak saintis memberi amaran jangkitan Covid-19 berisiko menyebabkan kemandulan pada lelaki kerana virus itu berupaya mengurangkan kuantiti dan kualiti sperma

Menurut sumber, dalam satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Open Biology kelmarin, penyelidik menggariskan kesan membimbangkan kepada pasangan yang pernah dijangkiti Covid-19 untuk mendapatkan anak.

“Sistem pembiakan lelaki telah disimpulkan sebagai sasaran utama paling berpotensi mendapat jangkitan Covid-19 yang disokong oleh beberapa bukti awal dan mengurangkan tahap kesuburan seseorang itu.

“Ini boleh menimbulkan ancaman global terhadap potensi kesuburan lelaki kerana golongan ini lebih mudah mendapat jangkitan Covid-19 berbanding wanita terutama pada usia yang sesuai untuk mendapatkan cahaya mata,” katanya.

"Kajian perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum dapat mengesahkan jika jangkitan Covid-19 berisiko menyebabkan kemandulan pada lelaki" - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Menerusi laporan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM perlu menjalankan lebih banyak kajian lagi berhubung perkara itu.

"Kita perlukan banyak lagi kajian untuk mengesahkan perkara terbabit," katanya.

Terdahulu, laporan awal kajian itu turut menunjukkan kemungkinan penularan Covid-19 secara seksual boleh menyebabkan komplikasi pada pasangan dijangkiti.

Sementara itu, penyelidik berkenaan juga telah mengenal pasti empat cara utama di mana virus korona dapat mempengaruhi kesuburan lelaki

Kaedah pertama adalah dengan pencerobohan yang disasarkan, pasukan penyelidik percaya kehadiran reseptor ACE2 (lokasi paling senang dijangkiti koronavirus) di testis menjadikan sel genital atau alat sulit lelaki sebagai sasaran jangkitan yang berpotensi.

Cara kedua adalah menerusi keradangan yang disebabkan oleh virus Covid-19 yang boleh menyebabkan kerosakan kekal pada tisu pembiakan lelaki.

Keradangan di sekitar jantung juga dapat menyekat atau menurunkan bekalan darah ke zakar yang akan mengakibatkan kegagalan ereksi.

Cara ketiga kesan virus korona terhadap kesuburan lelaki adalah menyebabkan keradangan di seluruh sistem badan yang menjadikan tahap hormon kesuburan mereka tidak stabil.

Faktor keempat adalah tekanan perasaan yang diketahui mempengaruhi kesihatan seksual dan telah menjadi isu bagi ramai orang sepanjang penularan wabak ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pharmaceutical Technology

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: