seismik

KKM Sahkan Sebanyak 18 Kluster Berpunca Daripada 'Rentas Negeri' Dikesan Positif Covid-19

Jumlah keseluruhan kes positif itu membabitkan 1,378 orang.

Cover image via Astro Awani & Harian Metro

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 18 kluster yang berpunca daripada aktiviti merentas negeri sehingga semalam, 14 Januari 2021

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh KKM di Twitter itu, daripada jumlah tersebut, tujuh kluster dilaporkan di negeri Kelantan.

“Selain itu, Pahang, Sarawak dan Perak masing-masing mencatatkan tiga kluster manakala Terengganu merekodkan dua kluster,” katanya.

KKM juga turut memaklumkan, jumlah keseluruhan kes positif membabitkan 18 kluster itu yang berpunca daripada rentas negeri merekodkan sebanyak 1,378 kes positif.

Ianya berlaku akibat aktiviti sosial dan perjumpaan serta tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), maka berlakulah kluster tersebut

Berikut di bawah adalah senarai penuh nama kluster membabitkan rentas negeri di Kelantan, Pahang, Sarawak dan Perak:

"Tolong duduk rumah selama 14 hari, jika tidak PKP boleh jangkau maksimum 4 minggu!" - KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via Malay Mail

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilaksanakan selama dua minggu atau maksimum empat minggu bagi mengurangkan kes jangkitan Covid-19 di negara ini.

"Jika semua orang boleh duduk di rumah dalam tempoh dua minggu, insyaAllah kita boleh putuskan rantaian jangkitan Covid-19.

"Dari dulu lagi kita katakan kalau setiap rakyat Malaysia patuh kepada SOP, kita boleh putuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam negara kita," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: