seismik

"Banyak Guna Tenaga?" - Ini Tip Untuk Anda Jimatkan Tenaga Ketika Work From Home

Idea yang bernas!

Cover image via IDEA & New Straits Times

Berikutan keadaan pandemik yang membimbangkan, kita semua disarankan untuk duduk di rumah jika tiada urusan penting untuk keluar

Aktiviti seharian seperti bekerja dan pembelajaran juga dilaksanakan melalui dalam talian. Rata-rata pekerja sudah mula work from home. Manakala kanak-kanak dan pelajar pula perlu menghadiri kelas secara online

Untuk mewujudkan suasana kerja dan belajar yang kondusif dan berkesan, pelbagai gajet serta peralatan elektrik telah digunakan oleh ibu bapa dan pelajar di rumah. Sebagai contoh, penggunaan laptop, tablet, telefon pintar mahupun televisyen. Kemudahan seperti lampu, kipas dan air con juga dihidupkan. 

Oleh itu, tidak dinafikan jika banyak tenaga elektrik yang digunakan dalam masa sebulan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Starters Try (Facebook)

Nak jimatkan tenaga? Jom kita lihat pelbagai ragam & tip daripada Malaysians ketika work from home

1. Power Napper

Gambar sekadar hiasan.

Image via Roy Cari Makan

Bagi sesetengah orang, nap semasa rehat antara kerja boleh freshen up minda mereka. Apabila mereka rasa letih, mereka akan hidupkan power saving mode untuk rehat seketika. Barulah efisien kerja!

Tip untuk jimatkan elektrik: Sama juga dengan peranti anda, anda disarankan untuk matikan suis laptop atau desktop apabila tidak digunakan. 

2. Forever Ada Hal

Gambar sekadar hiasan.

Image via GIPHY

"Sorry guys, my internet is down." "Ala, sorry laptop hang ni jap." Ada tak kawan kerja you guys yang macam ni? Mereka ini sering terganggu disebabkan masalah peranti. Komputer hang atau terlalu panas, air con tak sejuk, macam-macam hal. Semua gajet atau alat elektrik di rumahnya mesti buat hal waktu-waktu nak bekerja.

Tip untuk jimat elektrik: Alat elektrik yang lama yang tidak berfungsi dengan cekap perlu upgrade juga. Kalau boleh, belilah peralatan elektrik yang mempunyai label 5 bintang penjimatan tenaga kerana ia lebih menjimatkan tenaga.

3. Miss/Mr Can Do It All

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tutur Mama

Inilah definisi workaholic: bagi mereka work from home bukan saja perlu menghadap e-mel dan WhatsApp group setiap masa; kerja-kerja di rumah juga perlu settle juga termasuklah jaga anak, masak, menyapu dan mengemop. Sebab itu, kadang-kadang mereka ini biarkan saja laptop dicas berjam-jam dengan lampu dihidupkan sepanjang masa.

Tip untuk jimat elektrik: Untuk kesihatan mental, tetapkan masa untuk rehat sebentar daripada melihat skrin dan jangan lupa untuk matikan suis sekiranya laptop atau telefon bimbit sudah dicas penuh. Bukan saja dapat tenangkan fikiran, malah dapat jimat tenaga tau.

4. Always panas

Gambar sekadar hiasan.

Image via Giphy

Duduk sekejap saja, tapi dah rasa berpeluh dan panas sampai tak boleh sambung buat kerja. Dengan cuaca Malaysia yang panas, mereka ini gemar menghidupkan penyaman udara untuk mewujudkan lagi suasana kondusif semasa bekerja. Kalau boleh nak letak je air con pada suhu 18°C!

Tip untuk jimatkan elektrik: Tetapkan penyaman udara menggunakan pemasa pada suhu 24°C dan pastikan anda tutup tingkap dan pintu supaya bilik cepat sejuk.

5. Kejap-kejap lapar

Gambar sekadar hiasan.

Image via Impiana

Haa, siapa macam ni? Selang satu dua jam mesti kena ada makanan atas meja. Tak sah kalau tak ada makanan bila nak buat kerja. Kebiasaannya, mereka ini suka kejap-kejap buka peti sejuk untuk cari makanan.

Tip untuk jimat elektrik: Untuk penjimatan tenaga dan peti sejuk yang lebih efisien, kurangkan kekerapan membuka peti sejuk, susun atur ruangan peti sejuk anda supaya udara dapat mengalir dengan lebih baik. Selain itu, jangan lupa sejukkan makanan yang masih panas sebelum disimpan ke dalam peti sejuk ya untuk lebih jimat tenaga. 

6. Night Owl

Gambar sekadar hiasan.

Image via GIPHY

Untuk mereka yang bekerja shift malam (ya kami tahu anda wujud). Atas sebab realiti pekerjaan mereka (ahli kewangan, ahli kreatif, freelancer dan lain-lain), malam adalah waktu mereka mencari rezeki. Lampu menjadi satu keperluan untuk menjaga kesihatan mata dan mental mereka apabila menghadap skrin pada waktu malam.

Tip untuk jimatkan elektrik: Pilih lampu LED berbanding lampu fluorescent ataupun gunakan task lighting berbanding lampu siling untuk lebih jimat elektrik.

Tidak dinafikan penggunaan tenaga semestinya akan lebih banyak daripada biasa ketika waktu PKP ini. Oleh itu, marilah kita amalkan tip-tip daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk kehidupan yang lebih bijak.

Jom jimat tenaga mulai sekarang! “Hidup Bijak, Kuasa Di Tangan Anda”

Untuk panduan penjimatan tenaga yang lain, layari www.mytnb.com.my

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik