seismik

Nak Berhenti Merokok Waktu Bulan Puasa? Ini Perkara Yang Perlu Anda Ketahui

Baca untuk info lebih lanjut.

Cover image via Cardio & Parkview

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bulan puasa merupakan bulan orang ramai mengejar pahala disamping menahan perut daripada kelaparan

Ramai perokok tegar yang ingin membuang tabiat rokoknya tetapi tidak tahu bagaimana. Perjalanan untuk berhenti merokok mungkin sukar, sebab itu anda perlu faham apa yang dijangka dan bagaimana untuk menangani cabaran yang dihadapi.

Selepas hari pertama anda berhenti rokok, anda mungkin akan mula mengalami gejala-gejala tertentu.

Image via Vecteezy

Pada fasa awal berhenti merokok, anda akan mengalami beberapa gejala kerana badan anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan ketiadaan nikotin.

Gejala ini termasuk kegelisahan, keinginan yang sengit, perubahan mood dan sakit kepala. Gejala tersebut merupakan gejala sementara, anda perlu ingat bahawa ini merupakan salah satu proses untuk berhenti merokok.

Anda akan rasa gelisah, sedih dan susah untuk fokus

Image via Min An (Pexels)

Sepanjang proses untuk berhenti merokok ini, pastikan anda kuat dan sentiasa mengingatkan diri supaya anda tak terjebak untuk merokok lagi. 

Jika anda ingin berhenti merokok untuk selama-lamanya, anda perlu ada rancangan.

Berikut adalah lima langkah yang mudah untuk membantu anda berhenti merokok:

Langkah 1: Tetapkan tarikh berhenti
Pilih satu tarikh untuk berhenti merokok dan jadikan ia satu komitmen. Pastikan anda ikut tarikh yang ditetapkan. Anda perlu berikan masa untuk badan bersedia menerima perubahan. Sebab itu, selepas tetapkan tarikh, pastikan anda berniat untuk berubah dan perlu disiplin dan konsisten.

Langkah 2: Beritahu kepada semua orang tentang niat anda
Perkara ini sedikit sebanyak boleh membantu perjalanan anda untuk berhenti merokok. Dengan cara ini, akan ada orang-orang sekeliling yang sentiasa mengingatkan anda untuk tidak putus asa. Jika anda tidak selesa untuk beritahu secara awam di media sosial, cukup sekadar beritahu rakan-rakan rapat anda supaya mereka boleh memberi motivasi jika anda memerlukan. 

Image via Whatson

Langkah 3: Sedia hadapi cabaran
Tak mudah untuk berhenti merokok dalam masa yang singkat. Keinginan untuk merokok itu akan sentiasa datang semula. Sebab itu, untuk elakkan perkara sebegitu berlaku, cuba untuk daftarkan diri dalam aktiviti fizikal seperti gym, boxing dan lain-lain. Pastikan juga anda bergaul dengan rakan yang seperti anda.

Langkah 4: Jauhkan barang yang boleh buatkan anda merokok
Anda perlu simpan atau buang alat merokok seperti pemicu, rokok, ashtray dan lain-lain. Tidak kisah di mana pun anda berada, pastikan alat-alat itu tiada di pandangan anda. Elakkan situasi yang membuatkan anda untuk merokok semula, sebagai contoh anda boleh gantikan rutin merokok dengan rakan kepada minum kopi dengan rakan kerja.

Langkah 5: Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi
Doktor akan memberikan cara yang mungkin akan mengurangkan simptom dan gejala buruk semasa awal-awal berhenti merokok. Anda juga boleh mendapatkan ubat Terapi Penggantian Nikotin (NRT - Nicotine Replacement Therapy) seperti gula-gula getah dan tampalan patch NICORETTE di farmasi berdekatan. 

Produk NRT seperti NICORETTE boleh membantu menyokong anda untuk berhenti merokok dengan jayanya!

Image via NICORETTE

Jika anda belum pernah mendengar tentang NICORETTE sebelum ini, sebenarnya ia merupakan bentuk NRT yang bertujuan untuk mengurangkan ketagihan terhadap nikotin dan meredakan simptom penarikan

NICORETTE datang dalam pelbagai bentuk seperti pelekat, gula-gula getah dan penyembur mulut. NRT dapat membantu perokok untuk memudahkan peralihan tabiat mereka yang ingin mengurangkan kebergantungan nikotin. Lebih baik untuk anda mendapatkan nasihat daripada profesional tentang bentuk dos yang sesuai untuk anda

Ingin berhenti merokok? NICORETTE akan ada untuk membantu anda!

NICORETTE ada dalam bentuk gula-gula getah, pelekat dan penyembur mulut!

NICORETTE melancarkan format sembur mulut mereka yang dikenali sebagai 'QuickMist' awal tahun 2024. Produk ini boleh mengurangkan craving merokok yang cepat berbanding gula-gula getah dan pelekat NICORETTE.

Tambahan pula, NICORETTE QuickMist 1mg/spray adalah penyembur mulut untuk mengurangkan ketagihan merokok. Cukup sekali semburan apabila ketagihan anda datang. Ia memang terbukti secara klinikal untuk melegakan simpton dan gejala semasa perjalananan anda untuk berhenti merokok. Ia memang sangat mudah alih, sesuai untuk sesiapa yang sentiasa bergerak atau travel!

Image via NICORETTE

Bagi mereka yang suka mengunyah, NICORETTE Icy Mint Medicated Chewing Gum memang untuk anda! Ia terdapat dalam varian 2mg atau 4mg. Pastikan anda memilih dos yang betul!

Gula-gula getah ini berfungsi untuk menyerap nikotin dengan cepat, dengan ini ia akan membantu untuk melegakan simptom gelisah dan tertekan. Ramai juga yang mengatakan tabiat mengunyah boleh mengurangkan rasa nak merokok.

Image via NICORETTE

Jika anda mencari penyelesaian yang mudah, tampalan patch NICORETTE Invisi Transdermal mungkin merupakan pilihan yang sesuai. Ia terdapat dalam dos 10mg, 15mg dan 25mg.

Anda hanya perlu melekatkan ia pada badan. Tampalan patch ini membantu untuk mengawal ketagihan nikotin sehingga 16 jam. Ia berfungsi dengan melepaskan jumlah nikotin yang terkawal ke dalam aliran darah melalui kulit.

Ia sangat sesuai untuk perokok tegar yang sering berjumpa dengan pelanggan atau client secara bersemuka.

Image via NICORETTE

Dah bersedia untuk buang tabiat merokok anda? Lawati laman web NICORETTE untuk melihat pilihan yang terbaik untuk anda!

Maklumat yang disediakan adalah untuk tujuan pendidikan dan komunikasi sahaja. Ia tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang diterbitkan dalam artikel ini tidak bertujuan untuk menambah atau menggantikan perundingan penjagaan perubatan pembaca dengan profesional kesihatan.

MAL23026003ARZ | MAL15045076XRZ | MAL15045059XRZ | MAL14035012XCZ | MAL14035008XCZ | MAL14035009XCZ

KKLIU 0813/2024. Tarikh Luput: 31 Disember 2026.

Ini adalah iklan produk perubatan. Produk ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jangan gunakan produk ini jika anda mempunyai penyakit jantung yang serius, hamil atau sedang menyusukan bayi. Tidak sesuai untuk digunakan oleh bukan perokok. Rundingkan dengan profesional kesihatan sebelum digunakan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik