10 Tips Mudah Untuk Serlahkan Keyakinan Yang Tak Patut Diabaikan Dalam Usia 20an
Tip ini khas untuk mereka yang ingin mempertingkatkan diri menjadi insan yang yakin dan cantik, dalaman dan luaran.
1. Pakai pakaian cantik dan menyerlah
Sebelum keluar rumah, ambil sedikit masa untuk memilih pakaian yang kamu rasakan paling cantik dan menyerlah yang ada dalam almari kamu. Pakaian yang cantik tidak semestinya yang dibeli dari butik mahal. Asalkan kamu tahu padan dan suai serta boleh membuatkan kamu berseri-seri dan selesa sepanjang hari, itu sudah memadai.
2. Berdandan atau bersolek supaya tidak nampak terlalu pucat
Pandangan pertama atau first impression adalah sangat penting. Pastikan anda berdandan, walaupun sekadar solekan nipis. Jangan biarkan bibir kamu pucat dan kulit kamu kelihatan kusam. Sapukan bedak wajah dan oleskan sedikit gincu pada bibir. Sentiasa periksa solekan dan baju kamu supaya kamu nampak kemas.
3. Jika sukakan pakaian berwarna hitam, padankan dengan solekan atau aksesori yang berwarna terang
Jika kamu bercadang hendak mengenakan pakaian serba hitam, pilih gincu terang seperti warna merah, atau pakai aksesori di leher atau pinggang, atau padankan dengan kasut bertumit tinggi. Ini akan membuatkan kamu nampak lebih bergaya.
4. Rambut mahkota setiap insan. Jaga rambut anda dan pasikan ia sentiasa terurus.
Cuci rambut menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut kamu seperti syampu CLEAR. Kemudian dandan rambut dengan gaya yang kamu mahu; samada mahu lepaskan rambut, mahu sanggul atau ikatkan ala pony tail. Jangan biarkan rambut kamu serabai seolah-olah baru bangun tidur pula.
4. Sembur wangian pada badan, tapi pastikan tidak berlebihan
Orang kata, dengan berbau wangi seseorang itu akan menjadi bertambah yakin pada diri sendiri. Jangan lupa semburkan minyak wangi pada badan sebelum keluar bertemu rakan, tapi jangan pula sampai berlebihan seolah-olah kamu terjatuh dalam kilang minyak wangi pula.
6. Juga jangan lupa ambil masa pilih kasut yang boleh membuatkan kamu nampak berketerampilan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
Siapa kata kasut tak penting? Kasut adalah elemen penting dalam melengkapkan gaya seseorang. Bolehkah kamu bayangkan jika kamu pakai dress yang cantik tetapi pakai selipar, betapa huru-haranya gaya kamu nanti?
Tak perlu kasut atau pakaian berjenama, cukup ia cantik, bersih dan sesuai. Pilihan kasut yang tepat akan buatkan penampilan kamu lebih menyerlah. Tips mudah, pakai kasut tumit tinggi jika kamu masih buntu dalam membuat pilihan kasut.
7. Biasakan diri keluar dari zon selesa
Jika kamu sering mencuba sesuatu yang baru, ruang zon selesa kamu akan menjadi semakin besar dan ini akan meningkatkan lagi tahap keyakinan kamu. Jangan takut dalam membuat kesilapan dalam apa jua yang kamu lakukan kerana dengan kesilapan itulah kita dapat memperbaiki diri dan mempertingkat kemahiran kita dalam hidup.
8. Sentiasa berfikiran positif terhadap diri sendiri
Akan ada hari-hari dalam hidup kita di mana kita akan rasa down atau kecewa. Amalkan membuat senarai tiga sikap positif yang kamu ada dan praktiskan setiap hari. Contohnya seperti mungkin kamu suka tolong orang, kamu suka buat orang lain tersenyum dan kamu memasak untuk adik-adik kamu. Dengan cara ini, kamu akan memandang diri kamu dengan lebih positif dan lebih menghargai diri sendiri. Ini adalah penting untuk kekal yakin.
9. Luaskan lagi pergaulan
Tambah seramai kawan kalau boleh. Pepatah pun ada mengatakan, kekasih biar satu, berkawan biarlah seribu. Dengan meluaskan lagi pergaulan, kamu akan boleh lebih banyak berkomunikasi, banyak belajar dari pengalaman orang lain dan ini boleh meningkatkan lagi keyakinan diri kamu.
10. Jadi diri sendiri tapi haruslah kekal classy
Kamu tidak perlu menjadi orang lain untuk menjadi seorang yang berkeyakinan. Jadilah diri sendiri, tapi dalam masa yang sama cuba untuk kekal classy. Definisi classy mungkin berbeza-beza bagi setiap individu tetapi maksud umumnya adalah yang menjaga adab, kesopanan dan penampilan dari segi perlakuan mahupun tutur kata.
Oleh itu, teruskan usaha untuk mengubah dan memperbaiki diri anda. Jadilah diri anda sendiri atau kun anta!