seismik

Lelaki Ini Kongsi 3 Langkah Untuk Hafal Al-Quran Secara Mudah Dan Berkesan

Jom cuba kawan-kawan!

Cover image via Twitter @jazarison

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan untuk seluruh umat untuk menerangi kegelapan hati dan memberi cahaya dalam kehidupan

Image via Pinterest

Setiap umat Islam wajib mengimani, mempelajari, memahami, mengamalkan dan mempertahankan pengetahuan dan nilai kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran agar seluruh jiwa dan raga akan terpancar cahaya ketaqwaan hingga ke akhir hayat.

Menghafal Al-Quran merupakan amalan yang dapat membimbing jiwa dan fikiran seseorang, kerana jika mampu menjaga hafalan maka akan menjadi ibadah yang berkekalan.

Setiap bacaan yang menjadi sebutan di bibir dan getaran di jiwa akhirnya akan menjalar ke seluruh saluran nadi.

Ini bagaimanapun harus selari dengan keperluan kaedah sistematik yang berkesan. Dengan demikian hafalan Al-Quran tetap wujud di dalam minda sampai bila-bila.

Tips yang bakal dikongsi ini adalah berdasarkan satu bebenang atau thread yang dikarang pengguna Twitter @jazarizon atau Taufik

Thread yang mendapat perkongsian sebanyak 12 ribu pengguna Twitter memfokuskan kepada tips semasa menghafal Al-Quran ini wajar dijadikan panduan kerana kaedahnya yang mudah dan praktikal.

Berikut adalah tips yang dikongsikan saudara Taufik:

1. Pastikan Al-Quran dan surah yang ingin dihafal itu tidak mempunyai kesalahan tajwid dari segi salah baris atau huruf. Selain itu adalah disarankan untuk mempunyai seorang guru untuk memastikan sebutan bacaan anda tepat.

Disclaimer: Talaqi bermaksud pengajian ilmu Islam yang disampaikan secara dari guru kepada anak murid secara berdepan dan musyafahah (dari mulut ke mulut). 

2. Bahagikan setiap muka surat Al-Quran itu kepada dua atau tiga bahagian, bergantung mengikut keselesaan menghafal anda

3. Hafal setiap muka surat itu bahagian demi bahagian disertai dengan seorang guru untuk menyemak bacaan tersebut

Disclaimer: Dalam kaedah tasmik ini, seorang murid diminta untuk membaca manakala guru akan mendengar. Ianya bertepatan dengan maksud Tasmik itu sendiri yang bererti mendengar yang diambil dari perkataan bahasa Arab.

Mereka yang berkeinginan untuk menghafal Al-Quran boleh mengikuti tips diatas namun Taufik menegaskan agar memantapkan tajwid terlebih dahulu sebelum menghafal

Disclaimer: Tajwid bermaksud mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya dengan betul dan menjaga sifat-sifatnya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang membaca. InsyaAllah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: