seismik

TMJ Kongsi Sebab Kenapa Rakyat Johor Perlu Setia Bersama Perdana Menteri Sekarang

Menurut TMJ, "Gunakan minda dan ikuti petunjuk yang saya beri kerana saya tahu perkara yang anda tidak tahu."

Cover image via Berita Daily

Pada 7 April, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Putera Mahkota Johor telah mengambil alih halaman rasmi JOHOR Southern Tigers di Facebook telah berkongsi pendangan ikhlas beliau untuk rakyat kesayangannya iaitu rakyat Johor

Dalam tulisan Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ dalam kenyataannya berpendapat selari dengan kerajaan yang ada sekarang.

TMJ dengan berkias, telah menyindir Dr Mahathir yang mengetuai pakatan pembangkang Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya umum dengan harapan bahawa rakyat tidak seharusnya mudah tertipu oleh individu lidah bercabang dua seperti ular.

Menurut TMJ, "Rakyat perlu pandai menilai apa yang terbaik untuk negeri kita dan negara dalam isu politik."

Tulisan oleh TMJ di laman JOHOR Southern Tigers menjelaskan bahawa, "Dengan senario politik yang berlaku sekarang dalam negara, tidak kiralah parti yang memerintah atau parti pembangkang, rakyat perlu pandai menilai apa yang terbaik untuk negeri kita dan negara.

"Dalam situasi politik, rakyat hanya dengar apa yang disampaikan oleh ahli politik di dalam ucapan mereka atau di media sosial. Tetapi yang tahu situasi sebenar adalah DYMM Sultan Johor dan saya sendiri. Apa sahaja rahsia sulit dan agenda mereka kami tahu."

"Buka mata anda, gunakan minda dan ikuti petunjuk yang saya beri kerana saya tahu perkara yang anda tidak tahu. Anda hanya perlu mempercayai saya, saya tahu apa yang saya lakukan," ujar TMJ.

"Pada masa ini dia tidak cuba menyelamatkan negara, dia lebih risau tentang apa yang akan berlaku kepada anak-anaknya pada masa akan datang," tulis TMJ di halaman JOHOR Southern Tigers, sambil menambah bahawa ia adalah masa untuk memulih dan melaksanakan sistem yang telah rosak oleh individu yang bermimpi menjadi Perdana Menteri.

Putera Mahkota Johor yang berusia 33 tahun itu menggesa rakyatnya supaya "tidak mudah tertipu" kerana mengikut dirinya sendiri, beliau mengetahui perkara yang tidak diketahui oleh orang ramai.

"Jangan mudah dimanipulasi untuk mempercayai apa sahaja yang anda dengar malam tadi di Pasir Gudang," kata TMJ merujuk kepada lawatan oleh pihak PH di Johor untuk mengumumkan keputusan sebulat suara mereka menggunakan logo PKR sebagai simbol mereka untuk PRU14.

Tanpa merujuk kepada nama Dr Mahathir, TMJ juga menulis bahawa "Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan negeri Johor yang telah wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia."

Ia adalah Dr Mahathir yang semasa peranannya selama dua dekad sebagai perdana menteri Malaysia, memperkenalkan undang-undang yang membelenggu kuasa diraja dan melucutkan mereka kekebalan hukum.

TMJ juga membuat pengakuan bahawa beliau tidak menyokong mana-mana parti politik, namun perkara ini dilakukan untuk mengubah nasib negara dan memperbaiki sistem, bukan dengan menjatuhkan kerajaan

TMJ juga berkata, "Saya juga tidak akan lupa siapa yang merosakkan UMNO, yang menjadi peneraju dan melahirkan kroni-kroni, melahirkan korupsi, melahirkan proksi dan juga siapa yang cuba menarik kuasa-kuasa Diraja termasuklah cuba untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang kami semua sayangi.

"Kedaulatan negeri Johor jangan dipersoalkan. Kami telah wujud dari tahun 1885 sehingga kerajaan persekutuan juga belajar protokol, pentadbiran dan perlembagaan daripada kami. Kami adalah negeri pertama yang mempunyai perlembagaan sendiri dan ia menjadi contoh kepada negara. Kadangkala kita tidak boleh menyalahkan sesebuah organisasi atau parti oleh kerana hanya seorang yang bermasalah."

"Kita tak sepatutnya menyalahkan seluruh organisasi kerana satu individu yang bermasalah," ujar TMJ.

Tambahnya lagi, "Jikalau kita tidak suka sesuatu dengan kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan. Anda semua mempunyai DYMM Sultan Johor dan saya di mana kami boleh sampaikan suara rakyat kepada kerajaan yang memerintah dan kepimpinan tertinggi dalam negara. Jangan sesekali anda sangka yang kami tiada inisiatif untuk memperbaiki sistem yang berada didalam kerajaan."

"Inilah masanya untuk restore the order dan melaksanakannya sistem yang telah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun dan ingin menjadi Perdana Menteri," tulis TMJ lagi.

Pengakhiran kata oleh TMJ, "Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan sultan saya dan saya membimbing nakhoda tersebut demi anda.

"Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dipertingkatkan untuk negeri dan negara yang tercinta."

Sebagai seorang rakyat Malaysia, apa pendapat anda tentang ucapan daripada TMJ ini? Bincangkan..

Ingin tahu keputusan terkini #PRU14? Ikuti laman ge14.says.com dan dapatkan keputusan secara langsung bagi semua kerusi secara pantas dan tepat!

Image via SAYSGE14

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca berita menarik yang terkini di SEISMIK:

You may be interested in: