seismik

[VIDEO] Bas Kelajuan Tinggi Hilang Kawalan Sebelum Merempuh Sebuah Lori Di Lebuhraya Karak

Kejadian yang berlaku menyebabkan 13 orang penumpang cedera dan seorang lagi meninggal dunia.

Cover image via The Straits Times

Pada hari Sabtu yang lalu kira-kira jam 3.30 petang, sebuah bas pelancong dikatakan telah merempuh sebuah lori di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur kerana hilang kawalan

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Straits Times, seorang mangsa telah terbunuh dalam kejadian tersebut iaitu konduktor bas dan 13 mangsa yang lain mengalami cedera parah. 11 orang dari penumpang bas tersebut merupakan warganegara Singapura.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihak mereka menerima panggilan kecemasan sekitar 3:30 petang mengenai kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas dan sebuah lori di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Asst Komisioner, Ali Ahmad berkata insiden yang berlaku menyebabkan kerosakan yang besar di bahagian depan bas

Beliau juga berkata kepada wartawan The Star Online, "Sepuluh pelancong, serta pemandu bas dan lori mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Selayang. Manakala dua lagi pelancong dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan."

Menurut salah seorang penumpang bas tersebut, kemalangan itu berlaku dengan begitu cepat dan beliau hanya sempat melihat semua orang tercampak dari tempat duduk masing-masing

Seorang penumpang yang berusia 19 tahun iaitu Yip Keng Yim, tampil memberi penjelasan kepada wartawan Bernama, "Selepas menaiki bas, saya tidak dapat tidur kerana bas itu dibawa dengan kelajuan yang tinggi. Tiba-tiba saya mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan melihat semua penumpang tercampak dari tempat duduk masing-masing."

Beliau dikatakan dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands bersama ibu bapa, sepupu dan ibu saudaranya. Beliau juga telah mengalami kecederaan pada bahagian wajah manakala bapanya mengalami kecederaan di bahagian kaki yang begitu serius.

Lihat gambar kemalangan di bawah:

Rakaman video dashcam yang dipaparkan melalui laman Facebook menunjukkan kemalangan maut di Lebuhraya Karak tersebut. Video ini juga jelas menunjukkan bahawa bas terbabit telah hilang kawalan.

Video footage saat berlakunya kemalangan petang semalam melibatkan sebuah bas dan Lori di Karak....

Posted by MASK CREW on Saturday, April 7, 2018

Antara berita di SEISMIK: