seismik

[VIDEO] Lihat Bagaimana Satria “Panjat” Myvi Bila Nak Cilok Tapi Tak Lepas

Nak potong tu lain kali tengok dulu.

Cover image via SAYS via Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

Viral di media sosial baru-baru ini satu video rakaman dashcam menunjukkan sebuah kereta Proton Satria berlanggar dengan Perodua Myvi yang turut membabitkan sebuah lagi kenderaan yang lain

Kejadian itu berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari Taman Megah menghala ke Damansara.

Pemandu kereta Satria itu dikatakan bertindak untuk memotong kereta Myvi yang berhenti di depannya.

Tindakannya* itu mengundang padah apabila* keretanya hampir terbalik ke lorong kanan tetapi berlanggar pula* dengan sebuah kereta lagi* di lorong berkenaan yang tidak sempat mengelak

Selepas pelanggaran terbabit, kereta Satria itu kembali ke kedudukan normal.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.



Berdasarkan video, kesemua kereta yang terlibat berhenti di tepi jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut

Di media sosial, netizen juga tidak menyangkal bahawa ada kemungkinan pemandu terbabit terlalu leka dan akhirnya telah menyebabkan kemalangan

Para pengguna jalan raya diingatkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu, bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Tonton video penuh kemalangan tersebut di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda sudah tonton video lori hilang kawalan dan rempuh pondok tol? Baca SINI:

Korang pernah dengar tentang stereotaip Myvi dalam artikel ini? Hehe.

You may be interested in: