Top 5 Peserta Masterchef Australia Hadapi Cabaran Buat Kuih Malaysia
Susah rupanya nak buat kuih-kuih ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nama Malaysia kembali ke persada dunia dalam sebuah cabaran rancangan Masterchef Australia
Dalam episod Musim 18 yang disiarkan pada 22 Julai, juri kelahiran Malaysia, Poh Ling Yeow telah menguji lima peserta teratas rancangan itu melalui Pressure Test yang mencabar dari segi teknikal diinspirasikan oleh resipi zaman kanak-kanaknya.
Peserta yang terlibat, Aaron, Annabel, Casper, Petro dan Vinnie telah ditugaskan untuk membuat tiga kuih kegemaran ramai di Malaysia iaitu karipap, kuih lapis dan kuih koci dalam pusingan yang mempunyai penyingkiran.

Dalam teaser yang dikongsi oleh MasterChef Australia, Poh berkongsi bahawa cabaran itu lebih daripada sekadar memasak
"Ini adalah resipi yang telah diturunkan banyak generasi melalui keluarga saya. Saya tidak mempunyai anak, jadi saya mahu dapat mengajar dan menyampaikan kemahiran ini," katanya dalam salah satu klip.
Dalam episod itu, resipi dianggap sangat rumit sehingga Poh secara peribadi menunjukkan teknik sebelum peserta mula memasak, tidak seperti kebanyakan Pressure Tests.
Salah seorang peserta, Casper, berkata mereka bertuah menerima demonstrasi Poh, tetapi akui ia masih merupakan cabaran yang sangat bersifat teknikal.

Poh kemudiannya berkongsi Pressure Test adalah sesuatu yang telah lama diimpikannya
Dia mengucapkan penghargaan kepada rancangan itu kerana membenarkannya berkongsi resipi tradisi di televisyen nasional Australia.
"Terima kasih MasterChef Australia kerana meraikan masakan budaya yang saya alami sejak kecil dan memberi saya ruang untuk berkongsi pengetahuan generasi yang unik dan berpotensi mudah hilang.
"Ini untuk rakan-rakan migran saya, tetapi terutamanya untuk rakyat Malaysia," tulisnya di Instagram.

Pressure Test juga mempunyai kepentingan istimewa bagi peserta kelahiran Malaysia, Aaron, yang berpindah ke Melbourne pada usia 5 tahun
"Saya akan malu jika saya dihantar pulang untuk cabaran melibatkan Malaysia. Saya ingin membuat Poh, ibu saya, dan nenek saya bangga," katanya, sambil menambah bahawa dia tidak pernah memasak hidangan tersebut sebelum ini.
MasterChef Australia Musim 18 telah ditayangkan pada 19 April melibatkan 24 tukang masak bertanding. Panel juri terdiri daripada Andy Allen, Sofia Levin, Jean-Christophe Novelli, dan Poh Ling Yeow.
Musim yang mempunyai 53 episod ini kini disiarkan di Network 10 di Australia.

Lihat antara klip episod tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via