seismik

Topi & Face Mask Tercabut Masa Naik Pentas, Pihak Universiti Baik Hati Bagi Peluang Kedua

Terbaiklah!

Cover image via @piyanzjengka (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banyak universiti yang sudah pun menjalankan sesi konvokesyen mereka setelah dua tahun ditangguhkan

Sudah tentu ramai pelajar yang teruja dan tidak sabar oleh kerana ini adalah pengalaman manis buat mereka.

Namun, bermacam-macam kejadian yang kita boleh lihat di media sosial terjadi sebaik saja pelajar itu naik pentas. 

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila topi dan face mask seorang graduan tercabut semasa mahu mengambil skrol di atas pentas telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Gemuruh masa naik pentas, habis topi dan face mask tercabut

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya majlis konvokesyen di sebuah universiti.

Namun, sebaik tiba saja pada salah seorang graduan perempuan, dia dilihat begitu gemuruh sehingga menyebabkan topi dan face masknya tiba-tiba tercabut.

Situasi itu membuatkan dia terpaksa menahan malu dan berjalan seperti biasa untuk mengambil skrol tersebut.

Tetapi, apa yang lebih menarik adalah difahamkan selepas saja insiden itu, pihak univerisiti memberi peluang kedua kepada graduan tersebut untuk naik semula pentas dengan keadaan yang lebih teratur.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@piyanzjengka Alhamdulillah.. terbaik pihak pengurusan.. Siap boleh beegamba lg..#fyp #syukurselalu original sound - Piyanz85_Jengka

"Memang rezeki awak sis, jarang-jarang U nak panggil nama balik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan reaksi mereka dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Ketika artikel in ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 50.2K likes dan 958 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kenangan manis ya sis, asalkan ada gambar yang lawa atas pentas :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: