Touch 'n Go Perkenalkan Loket 'Oyen' Dalam Furry Series Bagi Pengguna eWallet
Cutenya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, Touch 'n Go (TNG) memperkenalkan loket melalui siri Touch 'n Go Furry Series yang menampilkan karakter kucing Oyen
Menurut sumber, loket tersebut dilengkapi teknologi NFC, di mana ia membolehkan pengguna membuat tambah nilai TNG eWallet menggunakan telefon pintar berkeupayaan NFC pada bila-bila masa saja.
Selain untuk pembayaran tol atau transit, ia juga boleh digunakan bagi mana-mana pembayaran tanpa tunai di lebih 1,500 tempat letak kenderaan di seluruh negara.
Ditawarkan hanya pada harga RM30 dan loket Oyen boleh didapati bermula 31 Oktober ini!
Selain itu, loket kucing Oyen juga boleh dijadikan aksesori tambahan untuk digantung pada beg, dompet, atau telefon pintar.