Tourism Malaysia Lancar Kempen ‘Jom Cuti!’, Tawar Diskaun 30% Penginapan Di Hotel Dorsett

Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak pelancongan domestik.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tourism Malaysia, dengan kerjasama Dorsett Hotels Malaysia, mengumumkan kempen baharu menawarkan diskaun 30% untuk tempahan bilik bagi menggalakkan lebih banyak pelancongan domestik

Dalam satu kenyataan pada 9 Jun, Tourism Malaysia telah melancarkan kempen Jom Cuti! Bersama Wira & Manja bersempena Visit Malaysia 2026.

Inisiatif itu diletakkan di bawah tema Cuti-Cuti Malaysia iaitu Destinasi Indah, Harga Rahmah, bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia meneroka semula destinasi tempatan sambil memupuk semangat kebanggaan terhadap negara.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, pelancong boleh menikmati promosi melibatkan rangkaian hotel Dorsett di seluruh negara dari 9 Jun hingga 31 Disember 2026.

SAYS.com
Image via Dorsett Kuala Lumpur

Kempen ini dilancarkan untuk menjadikan percutian domestik lebih mudah diakses tanpa membebankan pelancong dalam aspek kewangan

Selain diskaun bilik 30%, pelanggan juga akan menerima baucar makan RM50 dan menikmati penginapan 26 jam yang fleksibel dengan daftar keluar lewat, tertakluk pada ketersediaan.

Pelanggan yang berkeluarga juga boleh menjangkakan tempahan bilik bertemakan beruang matahari eksklusif sebagai sebahagian daripada kempen ini.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata pelancongan domestik kekal sebagai tulang belakang industri kerana ia memacu permintaan perjalanan, menyokong ekonomi tempatan dan mengukuhkan ekosistem pelancongan negara.|

Sementara itu, naib pengerusi Dorsett Malaysia, Datin Jasmine Heng berkata kumpulan itu berbesar hati untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia dalam inisiatif yang meraikan penerokaan kawasan tempatan dan kebersamaan keluarga.

SAYS.com
Image via Tourism Malaysia Corporate (Facebook)

Kadar diskaun kini sudah tersedia di laman web Dorsett

Difahamkan, promosi ini telahpun dipaparkan di halaman 'Cuti-Cuti with Dorsett', laman web rasmi Dorsett Kuala Lumpur.

Sebagai contoh, King Room di Dorsett Kuala Lumpur yang biasanya berharga RM302.40 setiap malam kini diletakkan pada harga RM211.68 di bawah promosi ini.

Sementara itu, bilik bertemakan Wira & Manja di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur boleh didapati di SINI.

Walaupun Tourism Malaysia memaklumkan kempen ini meliputi 13 hotel Dorsett di seluruh negara, ini antara jenama hotel terbabit didapati beroperasi di Malaysia:
– Dorsett Hartamas Kuala Lumpur
– Dorsett Grand Subang
– Dorsett Kuala Lumpur
– Dorsett Putrajaya
– Dorsett Grand Labuan
– Dao by Dorsett Puteri Cove
– J-Hotel by Dorsett
– Silka Cheras
– Silka Maytower Kuala Lumpur

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: